Selasa, 16 November 2010

Erti kekayaan

Assalamualaikum dan Salam Sayang kepada semua para pembaca,

Bersempena hari mulia Aidil Adha ini, kami ingin berkongsi satu topik iaitu tentang ERTI KEKAYAAN. 

Apakah yang dimaksud kan sebagai orang kaya..?
Kenapa orang ingin menjadi orang kaya..?
Berapa harta yang diperlukan untuk manusia berasa cukup dan berhenti mengejar kekayaan..?

Orang kaya dalam konteks hari ini ialah seseorang yang mempunyai banyak harta dan prestij. Kenapa orang ingin jadi kaya :

1. Kepercayaan mereka bahawa apabila mereka bergelar orang kaya, mereka akan senang dan bahagia, boleh makan apa saja yang diinginkan, boleh beli apa saja yang ingin dibeli.
2. Lambang kemegahan supaya mereka tidak di pandang rendah oleh masyarakat.

Manusia takkan berhenti mengejar kekayaan kerana nafsu yang sentiasa mendorong.. "nak lagi.. nak lagi dan nak lebih lagi .."

DAKYAH FOKUS MENGEJAR KEKAYAAN KINI ADALAH PERKARA BIASA, DAN TIDAK NORMAL PULA JIKA ANDA TIDAK MENGEJAR KEKAYAAN. TAPI ADAKAH ANDA SEDAR YANG IA JUGA MERUPAKAN ALAT YANG BOLEH MELALAIKAN DAN MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM SECARA HALUS....?

Hari ini, pelbagai seminar untuk menarik duit, kekayaan menggunakan minda dan pelbagai lagi... yang tanpa sedar membantu secara halus mengubah haluan akidah secara halus pada hari ini.

Kami minta ada perhatikan kembali ayat di atas... tentang Kenapa Orang nak jadi Kaya?
Kerana mereka "percaya" bahawa mereka kaya (banyak duit, harta) mereka boleh hidup senang dan bahagia.

Bahagia itu dari Allah, ada orang kurang berada tapi sangat bahagia, ini membuktikan bahawa jadi kaya dan bahagia itu tidak ada signifikan tapi lebih cenderung kepada memuaskan nafsu diri.

Apabila seseorang "percaya" bahawa kaya itu boleh memberikan "bahagia", maka secara halus dia telah pun mensyirikkan Allah swt.

Kita perlu ingat dan memahami bahawa.... hanya Allah yang boleh memberi kebahagiaan kepada sesiapa yang Dia inginkan, kerana kita semua tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah s.w.t

Kami menyusun sepuluh jari memohon maaf bagi mereka yang pernah terjebak memasuki atau menganjurkan seminar sebegini.

Kami cuba illustrasikan kupasan ini dalam penjelasan yang logik,

Contoh anda menggunakan kuasa minda untuk menarik kekayaan dan harta. Logik atau tidak logik?

Contoh kereta enzo ferrari di kilangkan 9 biji, ada 100 orang yang menggunakan kuasa minda untuk menarik enzo ferrari, antara kaedahnya (jika anda nak dapatkan kereta tersebut dalam masa singkat, ambil gambar, sebelum tido dan bangun tido anda tatap dengan penuh hikmah dan bayangkan kereta tersebut akan berada depan rumah anda), dari sudut demand and supply tak mungkin 100 orang tu akan capai hajatnya kerana enzo cuma ada 9 biji saja. Katalah, jika 9 orang dapat 9 biji enzo, bagaimana pula cita-cita 91 orang yang mewakili 91% yang gagal memenuhi cita-cita mereka..?

Kami berikan contoh lain kepada anda..., Jika anda mahu ke Mekah,,. tentunya anda perlu buat perancangan secara teratur,bila sampai masa anda cukup duit, anda beli tiket kapal terbang, bila sampai masanya, anda berlepas, dan sampai masa dan ketikanya anda tiba di tanah suci Mekah.

Persoalan di sini.. boleh kah anda pejam mata terus sampai Mekah ?

Secara logik akal.. kami pasti bagi manusia biasa agak mustahil. kerana setiap perkara yang kita lakukan itu ada jalan cerita (langkah demi langkah). Mengamalkan ilmu minda separa sedar hanya lah sebagai motivasi untuk bekerja keras untuk mencapai cita-cita secara konsisten dan bukan beerti bila mengamalkannya seolah-olah anda pejam mata terus boleh sampai Mekah...

Perhatikan perkataan "sampai masa dan ketika" di atas. Ini membuktikan segala-galanya telah di atur sempurna oleh Allah s.w.t Sampai masa... anda lahir, sampai masa... anda sakit, sampai masa... anda kaya dan sampai masa... anda akan temui ajal. Walau anda bayangkan setiap hari pun gambar enzo tu, Jika Allah s.w.t tetapkan tahun depan lagi 10 tahun anda akan dapat enzo tu, maka 10 tahun lagi lah anda akan mendapat enzo. Jadi bukan kerana kuasa minda yang anda amalkan itu boleh merealitikan apa yang anda inginkan, tapi dengan izin Allah s.w.t iaitu apabila sampai masa dan ketikanya. Manakan mungkin ada 9 jika tiada 8, atau 8 tanpa 7.. atau bayi lahir terus bersilat, semua mesti merangkak dulu. Inilah dipanggil fitrah Alam.

Bayangkan lagi, jika separuh penduduk bumi, boleh guna kuasa minda, untuk menarik kekayaan dan harta contohnya, maka akan huru haralah bumi ini kerana ia tidak lagi berpaksikan peredaran masa dan sequence. Dan untunglah bagi mereka yang terus menyebarkan dakyah ini kerana mereka akan terus menerus kaya dengan hanya membuaikan ramai manusia dengan mimpi-mimpi yang indah belaka.

Kami ingin menyeru rakan-rakan seperjuangan untuk memikir semula konsep dan pemahaman ilmu seperti ini. 

Kenapa kaedah ini mudah mendapat tempat di hati orang melayu. Kita pernah membincangkan perihal, jika anda belum mengetahui boleh lah anda rujuk di link berikut : http://panjihitamdaritimur.blogspot.com/2009/09/rahsia-di-sebalik-nombor.html

Orang melayu ialah orang yang sangat suka kepada sesuatu yang bersifat shortcut. Jika boleh lahir saja di muka bumi, mereka ingin terus jadi superstar. Orang melayu ialah orang yang mudah mengikut-ikut jika ada perkumpulan orang ramai, hanya kerana sifat ingin tahu, kemudian memikir-mikir akhirnya ditipu. Ini diilustrasikan oleh cerita Tan Sri P Ramlee ketika menjual obat...



Tanpa berfikir logik saja orang melayu bertindak "mempercayai" itulah obat yang sebenar.

----------------------------------------------------------------------------------------

Baiklah kita berbalik kepada tajuk asal iaitu perbincangan tentang ERTI KEKAYAAN.

Kenapa kita perlu memahami konsep dan erti kekayaan?

Untuk mengelakkan banyak manusia hilang pedoman dan  menjadikan kertas yang diberi nama duit sebagai Tuhan yang boleh memberi kekenyangan, kesihatan, kegembiraan dan lain-lain.

Sedangkan semuanya ini adalah Rahmat dan Kasih Sayang Allah..

Apabila jemaah kita kuat di bawah akidah yang teguh iaitu tiada niat lain mengerjakan sesuatu selain dari Kerana Allah, secara tidak langsung ekonomi juga akan naik.

Ada juga yang bertanya, kalau begitu tidak perlulah manusia bekerja, mencari nafkah?
Jawapan: Kita bekerja bukan kerana kerja itu boleh mendatangkan kekayaan dan kebahagiaan... kita bekerja kerana ia adalah perintah Allah swt. Bekerja adalah salah satu ibadah kita kepada Allah swt. Ia satu tanggungjawab.

Sekadar memperingati sesama kita:

Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku - Az-Zariyat:56

Inilah matlamat kita hidup di dunia ini.