Sabtu, 19 April 2008

Latar Belakang Freemason

Tentang Freemason ini anda boleh banyak baca di internet. Tapi untuk posting ini kami akan cuba menulis seringkas mungkin berkaitan pertubuhan ini.

FREEMASON adakag satu pertubuhan rahsia yang telah disertai oleh orang-orang berkuasa dunia, termasuk ketua-ketua negara berpengaruh.

Tujuan FREEMASON ialah untuk membina haikal Sulaiman di tapak masjidil Aqsa dan menakluki dunia. Tapi halangan untuk cita-cita si DAJJAL ini ialah ISLAM. Sebab itu lah mereka dari dulu sedaya upaya untuk memecah belahkan ISLAM dan menyebabkan orang ISLAM berperang sesama saudara. Mereka ini sangat licik dalam membuat perancangan.


Mari kita lihat bagaimana mereka cuba menakluki dunia.


ILLUMINATI adalah cabang kepada FREEMASON! Mereka menggunakan permainan Ilusi untuk menakluki dunia... MATA ialah sasaran serangan mereka kerana MATA merupakan jendela hati.

Bagaimana? Antara ahli freemason yang terkemuka ialah steven spielberg dan penghasil filem-filem ternama.

Mereka menggunakan filem dan media untuk menyampaikan ideologi dan dakyah mereka kepada manusia sejagat. Ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi fikiran bawah sedar manusia... dan secara halus menjadi budaya masyarakat setempat.

Contohnya; cara mereka psikologi untuk mengunjukkan tentera US adalah tentera yang terhebat didunia, mereka cipta cerita seperti RAMBO. Jadi orang luar mengapat gambaran betapa gagahnya askar US yang kehebatannya seperti RAMBO. Ini secara tidak langsung telah menanamkan rasa rendah diri kepada mereka yang tidak memahami permainan ILUSI mereka ini.

Pada hari ini anda sendiri boleh melihat dan menilai kesannya kepada masyarakat kita.


Klik link untuk mengetahui buah salam freemason:
http://www.youtube.com/watch?v=Sk2L5mcJgYk

Klik link untuk mengetahui simbol rahsia Freemason:http://www.youtube.com/watch?v=4P1rxW1TJ0c&NR=1


Berikut adalah sedikit maklumat tentang freemason untuk rujukan anda...


(rajah satu)

Menurut kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji, simbol dan maksud tersirat yang terkandung dalam gambar di atas ialah seperti berikut:

1. 13 tingkat piramid, di mana nombor 13 selalu dikaitkan sebagai nombor yang tidak bertuah (akan tetapi, ianya bertuah hanya untuk kumpulan mereka sahaja).

2.Simbol mata satu (Eye of Providence), ditafsirkan oleh barat sebagai tuhan yang sentiasa melihat kelakuan manusia. Bagi umat Islam, ianya merupakan simbol dajjal.

3.Penguasaan regim zionist/yahudi yang belum selesai (simbol mata satu dilihat belum bercantum dengan 13 tingkat piramid tersebut)

4.Kedatangan "penyelamat" kepada zionist/yahudi yang ditunggu-tunggu. Apabila simbol mata satu bercantum dengan 13 tingkat piramid, maka "penyelamat" (sebenarnya dajjal atau antichrist) sudah datang.

5.NOVUS ORDO SECLORUM, bermaksud "A new order of the ages.", akan tetapi boleh juga disama ertikan dengan maksud "New World Order".

6.ANNUIT COEPTIS, bermaksud "Approve Undertake". Erti yang mudah ialah "He approves (or has approved) [our] undertakings."

7.THE GREAT SEAL. Simbol piramid dengan mata satu ini merupakan bahagian belakang cop mohor atau Great Seal of the United States.

8.MDCCLXXVI, bermaksud 1776 iaitu tahun kelahiran organisasi Bavarian Illuminati (Order of the Illuminati) yang diasaskan oleh Adam Weishaupt. Illuminati ialah golongan tertinggi dalam hirarki pertubuhan Freemason.

9."IN GOD WE TRUST…..ONE" (Rajah 2). Kepercayaan kepada tuhan yang satu. Masalahnya, pemahaman tentang ‘tuhan’ tersebut dibawa oleh Amerika. Jadi, ayat sebenar yang sepatutnya berbunyi begini "IN GOD DAJJAL WE TRUST…..ONE" (kerana dajjal amat meminati konsep One World Religion, One World Government, iaitu agenda New World Order).

10.ONE (1) membawa erti "Yang Satu (Dajjal)". Bagi masyarakat kristian barat (yang hanya melihat dari sudut hadapan sahaja), mereka menganggap ONE ialah kedatangan Jesus sebagai penyelamat di masa hadapan. Hanya wang kertas satu dollar saja yang terlibat dan tidak pula bagi wang kertas yang lain. Ini disebabkan wang kertas lain bernilai (sebagai contoh) USD10, USD50, USD100 (angka yang tertera di dalamnya). Maka, lebih "bertenaga" sekiranya menggunakan wang kertas berangka 1 (USD1).






Rajah2 - Bahagian Belakang Wang Kertas Satu Dollar Amerika.



Rajah 3 - Great Seal of the United States (Gambar kiri: bahagian hadapan Great Seal.Gambar kanan: bahagian belakang Great Seal)

FREEMASON PENANG ---> http://www.rpwlodge.com/

Antara kelab yang juga mempunyai hubungan dengan freemason ialah  Lions Club International dan Rotary International. Mereka bergerak sebagai badan yang memberi khidmat sosial kepada masyarakat... anda juga boleh download powerpoint berikut untuk maklumat tambahan:
http://www.saintsalive.com/freemasonry/uncoveringfreemasonry.ppt

15 ulasan:

  1. assalamualaikum ///
    ingin saye bertnye di sini...
    jika simbol atau buah yg ditunjukkan dlm video tu bermaksd ahli illuminati ..adekah bermakne BUAH 12 ATAU BUAH MERDEKA YG TERDApat dalm jalan 30 yakni PUTIH itu ade kaitan ngn ILLUMINATI ?> mintak penjelasan dan penerangn di sini...

    -masih menyusu-

    BalasPadam
  2. salam....

    Putih itu rahsia DALAM rahsia. Buah putih tidak boleh jatuh ke tangan musuh! Itu rahsia putih. Yang diturunkan oleh illuminati ialah buah komunis. Buah komunis dibuat oleh illuminati sebab itu mereka lebih international, sampai mafia disebelah italy pun guna buah yang sama.

    Kesimpulannya, jika buah komunis terlepas, orang dapat belajar buah komunis tu kita tak heran, mana2 boleh dapat. Tapi buah putih itu mesti dirahsiakan!

    Wallahualam...

    BalasPadam
  3. http://www.youtube.com/view_play_list?p=AC4618BE23890FA0&search_query=freemanson

    BalasPadam
  4. mintak entry ni nak msukkan dalam blog saya...

    BalasPadam
  5. salam,

    angka tiga belas merujuk kepada tiga belas keluarga yang menguasai pergerakan tersebut.

    BalasPadam
  6. ingin berkata ana di sini
    aper kata kita mengadakan perjumpaan
    untk merancang bagiamana utk melawan
    musuh.seperti mana mereka merancang utk membinasakan ummat islam .seperti itu juga kita merancang utk membinasa kan mereka.

    BalasPadam
  7. "Lihatlah sekeliling anda.... apa yang terjadi pada anak bangsa kita? mereka sudah pun terpengaruh dengan ilusi-ilusi tersebut... sungguh menyedihkan situasi ini! Mereka cipta macam-macam hiburan untuk melalaikan kita..."
    Pada pendapat sy..konsert berupa maksiat spt jom heboh,sure heboh atau apa sj konsert open air perlu dihalang n dihapuskan..rancangan realiti tv spt AF,OIAM n ntah apa2 lg pun perlu stop sbb semua ini melalaikan..dan yg paling penting..hentikan program TV1,TV2,TV3 dan lain2 kecuali channel yg berilmiah sahaja spt discovery channel n oasis..apa pendapat saudara?sy nak tny para pejuang fisabilillah,apakah hukum wanita islam yg tidak memakai tudung?dan apa yg perlu kita wat utk mengatasi masalah wanita yg tak paki tudung?dgn rmbot merahnye lg..sume ini dtg dr hiburan!!terlalu meniru artis!!!

    BalasPadam
  8. Salam,

    Terima kasih di atas pandangan saudara. Kami pasti semua orang ada buah fikiran masing-masing. Buat masa ini kita serahkan pada pihak yang berkuasa dan berwajib untuk menangani isu ini, di sini kami pentingkan cetusan kesedaran dikalangan fisabilillah mahupun pelawat blog ini tentang realiti kehidupan.

    Cetusan ini penting, kerana bila tercetusnya kesedaran di kalangan orang ramai barulah akan menghasilkan tindakan.. insyaAllah.

    PANJI HITAM

    BalasPadam
  9. knapeee akuu baruu tahu blog panji hitam nih...walaupunn akuu nihh duduk dikalangan peljar2 islamic...xdekk orgg sebarr pon blog sporttt nih...

    BalasPadam
  10. saya setuju..

    Bangsa Melayu - Kebangkitan - Timur Jauh -.

    BalasPadam
  11. salam, tuan empunya blog. minta keizinan untuk menyalin untuk rujukan saya dan minta kebenaran untuk menyalin segala maklumat tentang yang berkaitan prjuangan ISLAM untuk di hebahkan di dlm facebook saya. supaya sahabat-sahabat saya dpt membaca dan memberi manfaat dan shafaat dari maklumat tuan.

    BalasPadam
  12. tersirat dengan tersurat . . .
    keh3 . . .

    BalasPadam
  13. http://nuurislami.blogspot.com - minta maaf, ttp sy nk share dgn semua pasal blog ni...byk info yg terkandung di dlm blog ni pasal FREEMASON, walaupun versi di dlm bahasa Indon, tetapi masih boleh difahami.

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum saudara semua...saya ingin berkongsi 1 blog yang agak banyak informasi dan menarik tentang freemason ni http://nuurislami.blogspot.com ,meskipun di dalam bahasa Indonesia, tp masih boleh difahami.

    BalasPadam
  15. salam ..bang mcm mne nak join..


    aiman ipoh

    BalasPadam