Jumaat, 15 Mei 2009

Agenda illuminati di Tanah Melayu


Sesungguhnya golongan freemason Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan kepada dunia ini. Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara,para Mufti Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini.Pada zaman dahulu ketika masyarakat Eropah masih tidak mengetahui tentang dunia Nusantara kecuali dari manuskrip-manuskrip purba di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Alexandria Library),terdapat banyak mitos tentang dunia sebelah sini.Namun Dajjal telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka.Melalui perjumpaan-perjumpaan rahsia para penyembah Iblis,Dajjal The AntiChrist telah memaklumkan kepada raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam 'inner circle' supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur.Tujuannya ialah UNTUK MENCARI SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN PARAMESWARA DAN RAJA-RAJA MELAYU PURBA DI NUSANTARA.Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal.

Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka,namun mereka begitu sukar hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu,ini kerana tentangan sengit daripada pelbagai penjuru seperti dari Kerajaan Johor-Riau,kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh.Orang-orang Melayu di Tanah Melayu lebih baik sedikit dari kepulauan Indonesia dari segi perpaduan,ini kerana di Indonesia,suku kaumnya lebih kompleks dan ragam bahasanya lebih banyak.Ini yang membuatkan Belanda lebih mudah menjajah Indonesia.Tetapi teori ini tidak boleh dipakai di Tanah Melayu.Komposisi kaum di Tanah Melayu perlu dirumitkan supaya teknik 'Divide and Rule' dapat dilaksanakan!

Belanda juga menyerah kalah di Melaka setelah mengambilalihnya dari Portugis walaupun mereka berjaya mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan keadaan di 'Semenanjung Tanduk Emas' yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah.Mereka cuba bertapak di Perak tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan.Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri.Tetapi The Hidden Hand tidak berputus asa,dia pun menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang untuk menguasai Tanah Melayu.Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu,wakil Illuminati Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja Cina dan India ke Tanah Melayu.Mengapa Cina dan India?Kerana dua negara ini mempunyai tenaga manusia yang ramai dan miskin.Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati 'Ordo Ab Chao' iaitu Divide and Rule atau Pecah dan Perintah.

Semakin ramai pekerja Cina di Tanah Melayu.Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu.Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil 'secret societies' Cina yang menganut faham Illuminati dan juga ejen-ejen Freemason.Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsi gelap bagi orang-orang Cina.Apabila majoriti pekerja Cina sudah ramai dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap,inilah masanya untuk bermain api.Perebutan kawasan perlombongan cuma taktik sahaja.Contoh yang terbaik ialah di Perak,negeri yang pertama menerima residen British di Tanah Melayu.Dua kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam siri Perang Larut,mengakibatkan British campur tangan di Perak.Taktik ini juga digunakan dikesemua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.LIHAT,YANG MEMBUAT KEKACAUAN BUKANLAH MELAYU,TETAPI ORANG LUAR.Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah.Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah mereka,maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu.Perhatikan,British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu sepertimana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina,tetapi mengapa British bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian,strategi dan siasah serta mengekalkan sultan-sultan?Lihatlah taktik Illuminati-Inggeris ditempat-tempat lain.India misalnya,raja-raja Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya dimusnahkan.INGAT RAJA-RAJA MELAYU!FREEMASON AMAT TERINGIN UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT KESULTANAN MELAYU.Raja-raja Pattani telah dikejar sehingga ke Kedah dan Perak dan dibunuh dengan kerjasama orang-orang Thai.Kesultanan Jawa juga telah ditamatkan kuasa politiknya oleh Belanda dan kini tiada apa-apa pun kepentingan sekadar wujud untuk dijadikan 'muzium hidup' di Indonesia.Kesultanan Sulu sudah lama pupus.Cuma yang tinggal ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei.Inilah dua Kesultanan Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas mereka.Sementara itu di jajahan-jajahan Inggeris yang lain, pemerintah-pemerintah mereka terus dihapuskan tanpa banyak soal.Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah sekali (China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing-anjing penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang-orang Cina dengan candu dan menghasut mereka menggulingkan maharaja,China juga terpaksa tunduk dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang Candu,hanya Hong Kong dijajah British).

Dan di tempat-tempat lain seperti di Afrika dan Pasifik,kesemuanya menjadi jajahan total mereka,namun Tanah Melayu nampaknya naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai 'negeri naungan Ratu Inggeris'.Mengapa?Kerana Tanah Melayu masih mempunyai pemerintah.Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui residen-residen mereka.Tidak seperti di negara-negara lain yang dijajah secara total di mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung,sultan-sultan Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran 'Sultan' atau 'Pemerintah' walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British,dengan kata lain adalah jajahan mereka.PERANCANGAN ILLUMINATI TERHADAP BANGSA MELAYU AMATLAH ANEH SEKALI.Segala-galanya dilakukan dengan amat teliti terhadap bangsa spiritual ini.Jika tersilap perancangan,maka akan terangkatlah satu kuasa misteri terahsia bangsa ini.Kuasa ini tidak boleh dikalahkan dengan seribu angkatan perang.Tidak boleh dikalahkan dengan seribu jeneral perang terlatih.Kuasa ini boleh ditidurkan.Mengapa British tidak menghantar sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan-perarakan menentang Malayan Union padahal Malayan Union adalah 'masterpiece' yang telah dirancang beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand?Semata-mata perarakan sahaja boleh memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah?APA RAHSIANYA?

Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun.Ini diakui oleh para penjajah mereka.Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini,betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai kerajaan sendiri,organisasi masyarakat yang tersusun,kostum dan pakaian yang kemas,cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam?!Padahal kaum-kaum di sekeliling mereka hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu membuat kapal perang!Mereka telah terlambat untuk menguasai satu bangsa spiritual yang akan menamatkan segala ramalan kitab-kitab kuno.Sebab itu ketika The Hidden Hand (Dajal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karakter sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara,apabila kembali ke Eropah bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis,menceritakan satu bangsa yang menepati ramalan dalam 'Holy Scriptures'.

"Cepat cari bangsa itu,Kristiankan mereka atau kamu semua akan musnah!"

Sebab itu di dalam buku-buku sejarah,orang-orang Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur,dunia misteri yang diidam-idamkan oleh The Hidden Hand.Amerika,Afrika dan India bukanlah tujuan mereka.Itu adalah 'rezeki terpijak' dalam perjalanan mereka mencari bangsa misteri.Beratus tahun mereka menangani bangsa Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah lain bertambah jika bangsa Melayu diIslamkan.Tetapi mereka terlambat. PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA.Sebab itu apabila Portugis menapak di Melaka,organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist yang amat licik) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu St. Francis Xavier untuk mengkristiankan orang-orang Melayu.

Tetapi gagal.Pemerintahan Portugis yang kejam di Melaka telah menggagalkan usaha-usaha The Hidden Hand.Portugis pun dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda (Dajal tidak peduli nyawa atau kepentingan orang lain,jika tidak diperlukan maka 'habis madu sepah dibuang').Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka.Tindakan-tindakan kejamnya di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka.NAMPAKNYA BANGSA MELAYU TIDAK BOLEH DILAYAN KEJAM.Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis.Setelah mempelajari karakter bangsa Melayu,maka tahulah mereka bahawa ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN.SEbab itu Inggeris lebih 'beradab' melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di jajahan-jajahan lain.Melayu nampaknya lebih di'manjakan' Inggeris terutama golongan bangsawan,para kerabat diraja dan sultan-sultan.Peristiwa pemberontakan ke atas J.W.W Birch di Perak amat-amat mengajar British supaya menghantar residen yang memahami karakter orang Melayu.Sebab itu Hugh Low dihantar menggantikan J.W.W Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji sensitiviti orang Melayu.Di satu ketika,British menggunakan kekerasan,di satu ketika tindakan British seperti ditahan-tahan.Padahal bukan susah untuk mengerahkan bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta sultan-sultan,membunuh mereka dan memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India.PIHAK INGGERIS MEMANG HENDAK MELAKUKAN BEGITU TETAPI DINASIHATKAN OLEH THE HIDDEN HAND supaya memperlahankan tindakan mereka.APA RAHSIANYA?

DAJJAL LAKNATULLAH TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI ANTARA INGGERIS DAN BANGSA SPIRITUAL DI BUMI MALA DAN INI SEOLAH-OLAH MEMPERCEPATKAN RAMALAN-RAMALAN DALAM 'HOLY SCRIPTURES' SEPERTI KEBANGKITAN IMAM MAHADI DAN TURUNNYA NABI ISA A.S

Melalui 'secret societies' di China dan England,Dajjal The AntiChrist telah merangka plan jangka panjang untuk menawan Nusantara.Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang plan Illuminati-Zionis dalam merangka plan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel,tetapi majoriti mereka masih tidak tahu tentang plan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura.INILAH PLAN PALING LICIK DAN TERSEMBUNYI.

Kongsi-kongsi Gelap Cina

Satu daripada nama kongsi gelap yang terkenal adalah Heaven and Earth Society.Nama-nama yang lain adalah seperti Hung League dan Three United Association.Freemason sememangnya telah lama berminat kepada kongsi-kongsi gelap ini malah beberapa ahli Freemason telah membuat kajian mendalam serta menulis buku mengenainya termasuk G. Schlegel (The Hung League. 1866) dan J.S.M Ward (The Hung Society. 1925).Sejarah China adalah satu sejarah berkenaan dinasti-dinasti yang memerintah dan penubuhan banyak kongsi gelap untuk menentangnya.Merentasi sejarah China,hanya satu cara untuk menentang para raja dan pemerintahan pusat iaitu melalui kongsi gelap.Kongsi gelap adalah jawapan kepada orang-orang yang tidak mempunyai kuasa,terpinggir atau teraniaya,untuk menentang penindasan atau apa jua yang mengakibatkan kesedihan dan malapetaka kepada kehidupan mereka.

Mereka tidak pernah kekurangan anggota dalam kongsi gelap dan tidak juga kekurangan alasan untuk memujuk orang-orang miskin dan tertindas untuk menyertai kongsi-kongsi gelap.Berbeza dengan 'secret societies' di Eropah dimana umumnya ahlinya terdiri dari golongan pertengahan dan elit,kongsi-kongsi gelap Cina adalah terdiri daripada orang-orang miskin dan bawahan.Bilangan rakyat China yang ramai adalah sebab utama 'The Hidden Hand' mahu mempergunakan orang-orang Cina.Mereka dijadikan 'pawn of the game' dalam usaha 'The Hidden Hand' mahu menubuhkan pangkalannya di Singapura.

ORANG-ORANG CINA IBARAT BENTENG MANUSIA BARISAN HADAPAN BAGI MENGHADAPI PENENTANGAN MUSLIM MELAYU.

Jika peperangan terjadi,orang-orang Cina yang akan terbunuh dahulu dengan segala AMUK DAN PARANG TERBANG Melayu.Bangsa kesayangan The Hidden Hand,Yahudi Zionis dan hamba kesayangannya,Christian Zionist (Freemason sebagai contoh) sudah pasti terselamat dari amukan orang-orang Melayu dan sempat melarikan diri sambil memijak mayat-mayat orang-orang Cina sebelum merancang pelbagai plan untuk membuat 'counter attack'.

Orang-orang Melayu adalah satu bangsa yang suka MEMENDAM RASA.Sikap mereka misteri dan pendiam.Mereka tidak suka mencetuskan kekacauan serta-merta jika mereka diganggu,diprovok atau diusik sensitiviti mereka.TETAPI MEREKA AKAN MEMENDAM PERASAAN DEMI PERASAAN DENDAM MEREKA sehingga ke tahap kritikal dan 'psycho'.Apabila sampai satu tahap,ALTER AMUK mereka akan meletus.Inilah yang cuba dihindarkan setiap penjajah mereka.Dari mana perkataan 'amok' dalam bahasa Inggeris diambil?Lihat,bahasa Inggeris terpaksa meminjam perkataan 'amuk' dari bahasa Melayu untuk menerangkan fenomena ini disebabkan mereka tidak mempunyai konotasi yang tepat dari bahasa mereka untuk menjelaskan jenis psikologi ini.

Alter amuk adalah seolah-olah ekslusif untuk bangsa Melayu walaupun semua manusia turut mengamuk jika berada pada tahap tertentu.JIka kita lihat di Barat,sudah menjadi trend para pelajar yang dibuli atau menghadapi tekanan perasaan yang teruk untuk memikul senjata menembak secara rambang ke arah pelajar-pelajar lain.Tetapi setiap orang Melayu tulen amnya menyimpan alter berbahaya ini.Istimewanya,mereka pandai mengawal dan menggunakannya.Jika tidak,sudah tentu tidak ada seorang pun Cina atau India rasis dan kauvinis dapat hidup di bumi mereka.

JIKA KAUM-KAUM LAIN PANDAI MENGHORMATI BUDAYA DAN AGAMA MEREKA,TIDAK MENJADI MASALAH BUAT ORANG-ORANG MELAYU UNTUK TURUT MENYAMBUT MEREKA DENGAN SENYUMAN DAN MENGHORMATI MEREKA KEMBALI.

Ingat,orang-orang Melayu sukakan diplomasi dari kekerasan.Inilah salah satu hasil kesimpulan Francis Light,Stamford Raffles atau Frank Swettenham dari pengalaman mereka di Tanah Melayu.

Kongsi-kongsi gelap semakin popular di kalangan orang-orang Cina di Tanah Melayu.Pertamanya,majoriti orang-orang Cina yang dibawa ke Tanah Melayu terdiri dan rakyat bawahan yang miskin dan melarat,jadi kongsi gelaplah harapan mereka untuk mengadu segala masalah kehidupan mereka ketika di perantauan.Mereka dapat berkongsi suka duka bersama dan masalah yang sama di dalam kongsi-kongsi gelap ini.Keduanya,siapa yang menjadi ejen British di China bagi urusan membekalkan orang-orang Cina ke Nusantara (perlu diingat di tempat-tempat lain di Kepulauan Melayu contohnya di Indonesia juga menghadapi keadaan yang sama),khasnya di Tanah Melayu?Mereka adalah juga KONGSI-KONGSI GELAP INI.Merekalah ejen-ejen yang bekerja mengumpulkan orang-orang Cina dari wilayah-wilayah miskin yang tidak mempunyai harapan terhadap tanahair mereka yang penuh kekacauan dan pemberontakan untuk disumbat ke dalam tongkang-tongkang ke syurga perdagangan di Singapura dan Tanah Melayu.Semua ini berjalan lancar lebih-lebih lagi selepas kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk membenarkan Illuiminati Inggeris 'menculik' rakyat China untuk memecahkan komposisi kaum di Tanah Melayu dan menubuhkan pangkalan Yahudi di Singapura.

Rakyat China miskin yang 'innocent' tidak mengetahui apa-apa perancangan Yahudi dan Kristian Zionis ke atas mereka.Orang-orang Cina yang paling malang adalah yang terlibat dalam tragedi 13 Mei,menjadi korban mudah Illuminati dan Zionis,mati dalam keadaan keliru dan menyedihkan.Juga para pegawai istana serta maharaja mereka yang telah lama menghidu taktik Barat,juga tidak bersalah dalam hal ini malah mereka juga menjadi korban para penyembah syaitan Illuminati.


Wallahualam....

45 ulasan:

  1. Allahu Akbar!

    Saya sanggup mengerah tenaga saya jika mereka ingin mengoyak-ngoyakkan Islam di Malaysia ini!

    BalasPadam
  2. salam ziarah....
    kupasan ygmantap dari saudara..
    taniah kerana memberi penerangan yg bernas..
    semoga umat ISLAm kembali bersatu padu..
    minta izin saudara untuk sebar artikel ini di blog ini..

    http://buaya-merah.blogspot.com

    BalasPadam
  3. wsalam...

    silakan.. ambik saja..

    selamat berjuang!! :)

    BalasPadam
  4. Taniah dan syabas ...semoga perjuang kita umat islam di berkati ALLAH swt

    BalasPadam
  5. Syabas buat panji hitam.Semoga terus maju dimasa akan datang///

    BalasPadam
  6. Syabas buat Panji Hitam.Semoga terus maju di masa akan datang///

    BalasPadam
  7. alhamdulillah, syabas saudara

    kerana dapat mengemukakan dan membongkarkan sesuatu yg sgt bernas. dah lama saya perasan melayu adalah bangsa yg bertamadun tinggi. tamadun kita begitu hebat sejak dahulu kala lagi. cuba dibaca sulalatus salatin atau hikayat sejarah melayu yang ditulis oleh bendahara melaka yg terakhir tun seri lanang. pelbagai keajaiban akan ditemui dalam karangan beliau. tulisan beliau pada saya adalah suatu yg hebat yg tidak disangka telah wujud di melaka 600 tahun yg lampau. satu lagi, berkenaan kenyataan saudara berkenaan dengan raja patani yg dibunuh oleh orang thai, saya ada sedikit kekeliruan di situ. saya merupakan keturunan raja patani yg lari ke bawah. cuma, ketulenan kami hilang sedikit kerana berlaku percampuran dengan pedagang arab dari yaman. saya rasa masih ramai kerabat diraja patani yg berjaya lari dan tidak dibunuh seperti kami yg masih ade. wallahualam

    BalasPadam
  8. ALAHUAKBAR...Bangsaku bangsa berdaulat.bangsaku bermaruah.ayuh bersatu di bawah payung islam.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum saudara2 dan saudari2 islam~artikel yang menarik dan menaikkan semangat~cuma saya nak berikan pendapat,knp guna perkataan bangsa,iaitu Cina??itu mcm terlalu umum,ada gak sebahagian kecil bangsa cina yang beragama islam bukan??kenapa x letak perkataan Cina bukan Islam??itu lagi senang,perkataan Cina terlalu umum~

    BalasPadam
  10. Wslm,

    Terima kasih kpd saudara Anwar. Berkaitan dengan penggunaan perkataan cina dalam artikel ini ialah merujuk kepada golongan cina komunis atau dikenali sebagai cina bukit yang menerajui kongsi gelap.

    Bukan saja cina yang beragama Islam terkecuali, tetapi yang turut berpegang pada agama Buddha juga. Kerana mereka mengamalkan ajaran-ajaran agama yang membawa nilai kemasyarakatan yang murni.

    PANJI HITAM

    BalasPadam
  11. Salam,

    pembongkaran ini sangat di alu2kan supaya timbul kesedaran diminda bangsa melayu itu sendiri agar dapat bersedia atas apa yg akan berlaku kerana sejarah akan sentiasa berulang.

    disini disertakan pautan blog yg hampir sama (yg pernah saya layari) iaitu membongkar jati diri bangsa melayu agar menjadi pembakar semangat bahawa bangsa melayu ini bukan sembarangan asalnya, Allah hu Akbar!!!

    http://themalaypress.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. Sepatutnya pengajian sejarah tanah melayu dan bangsa melayu Islam dikaji balik dan diperhalusi agar kebenaran ditegakkan.

    Terfikirkah semua kenapa bangsa Penjajah LAKNATULLAH mencuri kitab-kitab sejarah warisan kita??

    Terfikirkah semua kenapa begitu mudah Singapura bebas dari Tanah Melayu@Malaysia?? Dan Singapura terus menubuhkan kedutaan Yahudi sejurus selepas 'merdeka" daripada Tanah Melayu??

    BalasPadam
  13. Salam all,
    siapa kita ..sejarahrealitinagarakedah.blogspot
    banyak persoalan persoalan terjawab.
    Allah hu akbar.

    hamba yang hina,
    Bworth.

    BalasPadam
  14. bismillahhirrahmanirrahim

    asslamualaikum..
    demi diriku ini yang berada di dalam gemgaman allah swt, aku akan bersama-sama kalian untuk berjuang di jalan allah swt..

    BalasPadam
  15. adoy....masuk la link mana pon..suma ni hanya propaganda UMNO..alasan nak jaga agama,so dgn alasan itu maka dpt tarik anak muda pastu sogokkan dgn duit rakyat..pastu paksa join pemuda,pangkah umno n bikin kacau time pilihanrayaa..ni la keje mike ye...mempolitikkan agama..pelik btol aku tgk..tgn mak bapak sendri tak cium,siap tengking2 lg..tp dgn ayahanda sembah bagaikan dewa..adoyaaiii...

    BalasPadam
  16. Salam,

    Saudara, fitnah lebih buruk dari membunuh. Hebat juga saudara, boleh tembus baca niat kami.

    Laman ini tidak dibuka untuk politik, jika nak berpolitik, nak tambah garam cerita panas politik sila ke blog yang berkaitan.

    PANJI HITAM

    BalasPadam
  17. Keturunan Bukit Gantang24 Disember 2009 pada 11:08 PTG

    Dengan nama Allah,

    Salam kepada 'tentera Sabilillah' dan saudara semua. Saya amat terharu dengan usaha saudara menyatukan dan menyedarkan umat Islam Melayu khususnya ( saya bukan bersifat perkauman ).Saya dan saudara2 saya bukanlah ahli mana mana persatuan 3line,pekida, 77 atau apa sahaja.Apa yang saudara jelaskan tentang istimewanya bangsa melayu adalah benar dan saya memilikinya tanpa disedari. Apabila masanya tiba......kami akan bangkit menegakan agama.

    BalasPadam
  18. Salam, saya kurang bersetuju dengan kenyataan yang golongan Dajjal ini takut dengan orang Melayu yang banyak ilmu jadi mereka bersikap diplomasi. Sebenarnya British tidak pernah takut cuma mengambil langkah bijak. Peperangan dengan umat Islam telah banyak mengajar mereka yang face to face confrontation tak menguntungkan mereka sebab itu hanya menyemarakkan semangat jihad. Mereka berjaya menjatuhkan khilafah Uthmaniyah adalah disebabkan negara tersebut dah diresapi oleh gerakan Freemason dan pembelotan rakyat yang sekular. Semua ini dilakukan dengan licik. Perkara yang sama berlaku di Malaysia.Wallahuaklam...

    BalasPadam
  19. saya rasa..kuasa misteri ini hanya bangsa melayu sahaja yang tahu..terutama mereka yg mempelajari seni mempertahankn diri..bngsa melayu mmg hebat..org yg pertama mengeliling dunia bkn org eropah tapi melayu..

    bngga jadi anak melayu. tapi rupa tak mcm mix ckit..

    BalasPadam
  20. salam....saya sgt2 benci dgn kenyataan insan yg menggunakan tag "tanpa nama". budak bingai nie sapa yg tiba2 dok smbang pasai politik nie.nampak sgt si "tanpa nama" nie penyokong pembangkang yg haprak....apa la bodoh dan bingai betui budak nie...klu brani sgt guna la nama yg betul....blog nie tuk org Islam yg celik akal dan minda bukan utk org yg bingai nak mampus mcm "tanpa nama" nie.....minta mamat nie yg bertag "tanpa nama"sedar diri skit.....

    Bangsa melayu adalah bangsa berketurunan Rasulullah s.a.w.......kuatlah iman utk menentang musuh2 Islam Laknatullah.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Bangsa melayu adalah bangsa berketurunan Rasulullah s.a.w" sebahalul-bahalul si tanpa nama tu. kau lagi bahalul. percaya sgt la kau Melayu ni keturunan Rasulullah s.a.w konon. hehehe.....

      sifat orang melayu, semua tokoh dlm dunia adalah NENEK MOYANG diorang konon. dari Iskandar Zulkarnain, Alexander the Great, Nabi Sulaiman a.s, Nabi Ibrahim a.s dll lagi. semua la konon nenek moyang orang Melayu bagi menunjukkan betapa "hebatnya" bangsa PEMALAS ini.

      Padam
    2. memanglah kita ini bukan keturunan nabi muhammad s.a.w..tapi kita adalah saudara nabi muhammad s.a.w.. kita adalah umat akhir zaman dan umat nabi muhammad yang terakhir di muka bumi ini dan ingatlah ikutlah aliran ahli sunnah wal jammah.... sekian....

      Padam
  21. Assalamualaikum...

    maaf guna tanpa nama...

    apa kata kita fokus pada apa yg disampaikan oleh TS ...pada amatan saya...tiada unsur atau bau p0litik dalam blog ini...

    TS,

    teruskan usaha anda...

    post saudara membuatkan saya seperti terdengar gendang silat..naik bulu tengkuk...

    apa apa pun teruskan usaha saudara TS....

    sebab TS yang ada A...ada di luar sana..///

    BalasPadam
  22. salam ikhwan...

    tahniah...
    hanya tuhan yang mengilhamkan ilmu RAHSIA MELAYU kepada hamba yang terpilih...
    jangan lepaskan peluang sebagai pembangkit islam ke2 di akhir zaman ini...
    sama2 doa...
    ampun maaf zahir batin...

    ...cepak87...

    BalasPadam
  23. Salam semua. Saya rasa pembaca semua dapat rasakan apa yang saya rasa. Kita memang mempunyai semangat bangsa yang bersatu. Kesatuan dalam menperjuangkan agama Islam yang suci ni. Sifat memberontak yang ada dalam diri setiap individu melayu yang mengalir dalam darah daging kita adalah sama walaupun ianya tulen dan senyap dan memungkinkan kita akan lahir sebagai bangsa yang misteri iaitu misteri sifatnya. Dari misteri sifat ini muncul kekuatan yang tinggi. Tak perasankah kita semua ,kita pasti bangkit jika diusik. Dari itulah pihak musuh gerun untuk melawan kesatuan yang bangsa yang misteri ni. Namun apa yang boleh saya nasihatkan untuk diri saya dan semua antara kita, Jgn lupa asal usul kita dan TEGAKKAN AL-QURAN DAN ASSUNNAH walau apa cara sekalipun! insyaAllah kita tak akan lari dari fitnah dunia yang sulit ni.. Allahu Akbar!

    BalasPadam
  24. ape y dtulis dlm artikl ini hmpir sama y dprkatakn oleh dr ridhwnan tee abdullah(sy rse anda smua mngenali bliau ini)iaitu tntg psiki org mlayu y suke mmndm n smpai k satu pringkt boleh mletup!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin dr ridhwnan tee abdullah belum kenal lagi org melayu...dan kaitannya dgn Islam.....

      Padam
  25. Salam fisabilillah....

    Saya cukup berbangga dgn artikel saudara mengenai bangsa Melayu ini....cuma saya hanya ingin mengingatkan saudara-saudara seagama dan sebangsaku supaya tidak terlalai dlm meneruskan perjuangan kita....sy juga bersetuju dgn pendapat saudara penulis supaya kita berhati2 dgn 'cina bukit' ni.....mohon kebenaran dr pihak saudara penulis untuk dipanjangkan artikel ini ke blog saya...terima kasih...wassalam...

    Simpang3 Salak South

    BalasPadam
  26. salam...belum pernah saya jumpe artikel yg membuka minda saya...terima kasih fisabilillah

    BalasPadam
  27. salam.
    artikel saudara TS sama dgn pendangan dan pegangan saya sekarang.namun skrg kita sedang diserang dgn budaya hidup yang amat melalaikan.kita sedang didodoi.skrg memang nampak amat lemah.memang x mampu bangkit.tapi siapakah pejuang2 itu nanti?adakah saya & tuan2?sama2 kita persiapkan diri untuk membela agama kerana Allah.jazakallah.

    BalasPadam
  28. assalamualaikum,
    kepada pihak penulis, sy kagum dengan fakta sebegini, akan tetapi, saya ada beberapa persoalan yang ingin diutarakan serta beberapa pendapat ingin sy kongsikan bersama. 1. saya menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh norisah. ini kerana, secara faktanya, org inggeris "pertubuhan penyokong dajal ini" sebenarnya memang lebih pintar. pasti ada yang terselindung disebalik tindak tanduk mereka, saya juga kurang bersetuju berkenaan tajuk artikel ini. saya rasa yang sesuai ialah illuminati takot islam. ini kerana, sekiranya minda org melayu diindoktrin oleh pemikiran yang menyimpang dari agama islam. ini menjadikan rancangan mereka(illuminati) ini berjaya, secara keseluruhan, kita lihat, bangsa melayu mempunyai pelbagai masalah sesama bangsa melayu sendiri malahan juga dari segi sosial, mungkin "melayu" pada zaman dahulu jaga adab dan perwatakan, sekiranya kita teliti dan fahami, zaman cerita Alyarham P.Ramlee, berapa bnyk yang mengamalkan agama sepanjang kita lihat/tonton cerita tersebut, dalam masa yang sama, P.Ramlee lebih mengetengahkan adab serta nilai murni berbanding mesej kearah islam seperti mengesakan Allah serta sebagainya. atau mungkin lebih dalam lagi, sekiranya kita perhati sejarah2 yang diajar kepada generasi muda, kebanyakan sejarah itu berdasarkan inggeris,sbg contoh, portugis dtg ke tanah melayu untuk mencari rempah, bernaskah statement tersebut ribu2 KM dtg semata-mata mencari rempah? atau tujuan yg tidak tertulis dalam sejarah ialah menyebarkan faham isme kedalam masyarakat melayu itu sendiri. kita lihat kini, fahami isme terlalu bnyk dlm negara kita, dan paling banyak yang mengamalkan fahami ini ialah bangsa kita sendiri. bkn saya nak mengutuk/merendahkan bangsa kita, tetapi, ini kenyataannya. melayu kita kini penuh dengan pelbagai masalah. agama seakan2 dipermainkan, sebagai cth : artis2 menyebut nama allah, bahkan kerap kali menyebut allahuakbar, sambil dalam masa yang sama, tudung x pakai? pakai terdedah? kenapa begini? bila sebut nama, namanya berbunyi orang melayu.. even kes sosial yang kerap berlaku, kita lihat, banyaknya melayu. akan tetapi, melayu kita kini, hanya tinggal nama sahaja melayu, tp hati,bkn kepada islam. "tidak semua" kita boleh memendam rasa. akan tetapi bila tidak tahan lagi dengan apa yang dipendam, kite meletup. beginikah yang rasullah anjurkan? berdiam dan.....(sambung dibwh kerana x HTML limit)

    BalasPadam
  29. salam..bagus sgt2 kemisterian melayu dibongkarkan.. seolah2 satu motivasi bg mereka yg menganggap melayu ni adalah bangsa yg layu lebih2 lagi mudah lupa. diharapkan pembongkaran demi pembongkaran sebegini dapat menyatukan kembali melayu disamping menjunjung islam sbg teras kehidupan. xde gunanya berlaung2an bersatu atas nama bangsa kalu islam diketepikan. ia perlu seiring bahkan islam perlu diutamakan bg memastikan penyatuan kita lebih kukuh dan berterusan.

    BalasPadam
  30. salam saudara sy tersentuh hati bile baca arrtikel ini,.sy rasa belum terlambat untuk tahu semuanya.mudahan segala ilmu yg saudara kongsikan dptlah sy baiki diri utk masa depan

    BalasPadam
  31. Kesimpulannya..telah banyak kali Dajjal cuba menguasai Melayu Islam.
    1) Penjajahan Portugal - Gagal
    2) Penjajahan British - Gagal
    3) Penjajahan Komunis - Gagal
    dan sekarang
    4) Penjajahan Demokrasi - Kita perlu gagalkan...kerana demokrasi bukan pilihan islam...inilah cabaram generasi kita sekarang

    BalasPadam
  32. Alhamdulillah, bermanfaat. Orang Melayu sebenarnya hebat. Ada 1 kajian yang dijalankan mengatakan bahawa Melayulah yang akan menjadi tentera barisan pertama bagi Imam Mahdi. Tidak dapat dipastikan hasil kajian ini. Wallahua'lam.

    Apa2 pun, kita sebenarnya HEBAT. Terima kasih sekali lagi.

    Boleh saya tahu sumber artikel ini? ;-)

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum,
    Rasanya saya dah banyak membaca blog2 yang mendedahkan hal2 sebegini.....tapi saya belum jumpa lagi blog2 yang dapat mengajak melayu islam dan umat islam di malaysia ni berjihad menentang penjajahan yang masih melekat di negara kita. Pada saya negara kita belum merdeka selagi kita hidup di bawah telunjuk "mereka" dan selagi kita bersekongkol dengan talibarut2 "mereka". Bangunlah Melayu muslim dan umat islam di Malaysia ini sebelum terlambat.....jangan terlena dengan hal2 yang membuat kita rasa bangga dan megah sedangkan agama islam dan negara kita ini masih berada dalam bahaya (tanpa kita sedari)...sudah ramai melayu yang murtad, sesat dan tidak ketahuan pegangannya....sedeh betul...

    BalasPadam
  34. tp, ade beberapa persoalan yg sedang sy fikirkan...adakah Malaysia sekarang ini dibawah pengaruh freemason&iluminati??

    sbb skrg ini, company2 taikun iluminati sudah byk bertapak dinegara kita...keadaan ini sgt membimbangkan...

    lagi satu fakta dari iluminati mengenai penjajah ialah, apabila mereka menawan sesuatu kawasan, mereka xkan melepaskan kawasan itu sesuka hati sebelum mereka membina satu institusi atau kumpulan di kawasan itu utk memastikan penduduk dikawasan itu berada dibawah pengaruh n kekuasaan mereka.....

    merdeka dgn penjajah terutama iluminati bkn semudah mengahandar delegasi dan mendapat kemerdekaan...timbal balik yg dilakukan semestinya harus mengikut kehendak mereka...

    Sila beri ulasan yg setimpal dgn persoalan sy...sekian...

    -belia sayangkan agama dan bangsa-

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum Tuan,

    izinkan saya untuk sebarkan .

    BalasPadam
  36. meremang bulu tengkok saya bila baca blog ni
    saya bangga dilahirkan melayu
    alhamdulillah...

    BalasPadam
  37. persoalannya di sini...SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN PARAMESWARA DAN RAJA-RAJA MELAYU PURBA DI NUSANTARA?

    BalasPadam
  38. Memang benar saudara.. kita adalah bangsa melayu yg agung.. tertulis didalam Al Quran (milayu)- ini diterangkan oleh Tok Guru saya.. Sejarah melayu memang hebat.. cuma ia tak di tekankan didalam silibus pendidikan negara, mungkin ada 'sebab2' tertentu.. Islam dan Melayu tidak dapat dipisahkan.. Tidak hairan jika Panji Hitam akan muncul dari nusantara ini! Bersiap sedia! Kita jangan berpecah belah lagi, cukuplah berpayung dibawah 2 kalimah syahadah! Allahu Akhbar!! (Abjad Utara)

    BalasPadam
  39. Rozaidi
    Assalamualaikum. Artikel yang bagus. Melayu bangsa penyelamat. Kalau kita bergabung dengan melayu indonesia, singapura, brunei, selatan thailand dan etc kita tetap takkan racist mcm bangsa yahudi( yang dikatakan bangsa pemusnah oleh hitler sendiri). Marilah berbaik2 dgn semua bangsa kerana kita ni bangsa melayu. Cuma kita kena juga bijak dalam berbaik2 tu. InsyaAllah.

    BalasPadam
  40. assalamualaikum..

    saya ada satu persoalan ynag agak membingungkan....
    kenapa ramai orang melayu islam yang mengatakan kan mereka 3line memakai rantai dan gelang tangan ...???

    bkankah itu haram kerana menyerupai wanita...
    padahal mereka semua telah bersumpah akan mengikut ajaran islam...

    maafkan saya menanyakan soalan sebegini....
    kerana mereka telah berjanji untuk memperjuangkan ajaran islam...
    tetapi satu pun x follow siap bertatu lagi....

    hamba ALLAH yang perihatin...
    assalamualaikum

    BalasPadam