Sabtu, 25 Julai 2009

Misteri Jacko!




Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.


Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.


“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.


Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.


Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.


Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.


Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.


Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.


Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.


Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.


Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.


Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.


Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.


“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.


Pelik kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?


Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.


Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

13 ulasan:

  1. salam ..agak menarik apa yg saudara ceritakan ..saya sentiasa mengikuti blog dari jauh.,segala kandungan cerita yg di paprkan dalam blog mmg menarik dan penuh dgn fakta ...moga suadara dapat menghasilkan lagi tulisan ilmiah yg lain ..insyallah


    shafarin shaari -adelaide, australia

    taming_sari87@yahoo.com ..

    BalasPadam
  2. salam..saya nk copy saudara pnya artikal ni.. di harap saudara izinkan..trma kasih.

    BalasPadam
  3. Semuga ruhnya ditempatkan di sisi hamba2Nya yang beriman..

    BalasPadam
  4. salam,
    dari manakah saudara dpt maklumat ini?
    kirenye lagu 'thanks to ALLAH' tu mmg nyanyian MJ la kirenye ? bukan zan bikhar?

    BalasPadam
  5. "Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia."

    Lagu yang ada sekarang dinyanyikan zain bhika sendiri.

    PANJI HITAM

    BalasPadam
  6. saLAm...

    APe lah yg blh sye komen...

    sye cme mampu katakan yg blog serta tulisan anda sgt mgagumkn...

    disaat bnyak blog yg bsifat keagamaan..

    mbuat sye muak n mluat dgn gelagat dorang yg syok sendiri...

    bbeza dgn anda...satu2 nye blog yg sye pnah bce dri 10pm-3am...tnpa bosan...

    sye rse dh patut sye cbt n koyakkn poster2 artis barat yg dulu jdi kbanggaan sye...

    pendekatan anda tlalu bbeza dgn blog2 lain...

    kadang2...tlalu mmakse n kdg2 scara lembut...

    i2 kkuatan blog anda...

    anda sgt bgs dimata sye...

    terima kasih utk semua info2 yg anda kongsikn..

    keturunan anda..bakal jdi org2 yg hebat sperti anda...

    aSSaLAmuaLaikUM..

    BalasPadam
  7. T.Kasih saudara Tentera Fisabilillah

    Info tersebut amat menarik, MJ telah digunakan sekian lama oleh "The Elite" utk menjalankan rancangan propaganda Fremason mereka, apabila MJ telah berpaling tadah dgn memeluk Islam mrk rasa segala rancangan mrk akan musnah.

    Jalan yg terbaik adalah membunuh MJ, bagi saya MJ telah berjihad ke Jalan Allah.. moga2 rohnye ditempatkan di Syurga tempat para solehin Amin..

    BalasPadam
  8. Sesungguhnya mereka amat takut dengan Islam!

    Mereka memerlukan dunia, kita tidak, kita berani untuk mati syahid, mereka sakit pun dah takut, apatah lagi mati terkorban utk agama?

    So kenapa kita seolah takut akan mereka di zaman ini? Sebab kita dah diracun!

    Bangkitlah wahai umat penghujung zaman!! Bersyahadahlah dan perangi racun mereka itu!!

    BalasPadam
  9. YA,SAYA SOKONG ZEK_ZAHARAH... BLOG INI LAIN DARI YANG LAIN.SAYA JUGA SANGAT TERTARIK DENGAN TULISAN DI BLOG INI.MEMBACA BLOG INI SUDAH MENJADI KEMESTIAN SAYA SETIAP KALI MEMBUKA BLOG.TERUSKAN !!!

    BalasPadam
  10. saya bersetuju dengan zek_zaharahFeb 1, 2010 05:46 AM...antara blog yang saya spend time lama kat sini..teruskan perjuangan anda dalam menegakkan keadilan dalam Islam..dan dedahkan konspirasi2 yang ada bagi menjatuhkan Islam suapaya umat Islam lebih bersedia..insya Allah..

    BalasPadam