Rabu, 24 Jun 2009

Snippet: Orang Islam Dunia

Untuk entry kali ini kami memilih cara santai untuk berkongsi maklumat dengan saudara-saudari sekalian. Entry kali ini kami nak kongsi cerita tentang orang Islam di dunia. Mungkin ramai orang Malaysia khususnya orang melayu beranggapan, Islam ini popular di tanah arab dan melayu saja.

Sebenarnya kajian statistik menunjukkan, populasi orang Islam di dunia ialah setiap 4 orang terdapat 1 orang Islam. Banyak fakta diselewengkan seolah-olah Islam ini agama kolot dan makin pupus dan semakin ramai meninggalkannya. Itu lah yang cuba diwayangkan oleh sesetengah media termasuk media cetak dan buku-buku teks. Mereka sedar dan takut sekiranya ramai orang tahu fakta yang sebenar.

Jika saudara pernah menjejakkan kaki di bumi Eropah, sebenarnya jutaan muslim ada disana terutama di France. Di German saja terdapat lebih kurang 12juta orang Islam. Fakta juga menunjukkan apabila anda berkunjung ke Eropah, banyak gereja yang kosong dan telah diambil alih menjadi masjid. Ini juga lambang kebangkitan Islam. Ia berlaku secara global. Salah satu negara yang tidak disangka menerima Islam secara drastik ialah Poland. Ia telah merisaukan pihak Amerika dan Zionis. Begitulah Allah menunjukkan kekuasaanNya....

Di German, apabila mereka bersolat, dari segi pakaian, mereka bekerja dengan memakai baju biasa mereka melakukan pekerjaan, tapi bila tiba waktu solat berjemaah, mereka pergi ke Masjid dan mengambil jubah dan sarung saja.

Jubah mereka telah siap diletakkan di masjid dalam keadaan bersih dan teratur.Begitu cantik sistem mereka dari segi pemakaian. Apabila mereka berada dalam saf, mereka sangat pentingkan saf, bahu rapat ke bahu, kaki juga rapat antara satu sama lain.

Jika di Malaysia mungkin masjidnya besar jadi orang suka ambil jarak... tapi itu lah fenomena di German.

Bukan setakat itu saja, jika sembahyang terawikh di sana, Imam akan beritahu surah apa yang akan dibaca untuk keesokan hari, jadi jemaah boleh balik mengulangkaji surah tersebut, apabila imam membaca surah itu pada keesokan hari jemaah boleh mengikuti dengan baik dan biasanya tidak akan mengantuk walau dibaca surah panjang sekalipun.

Lagi satu fenomena menarik yang jarang berlaku ialah, Imam di sana selepas solat, berdoa pada Allah supaya solat mereka itu diterima oleh Allah. Jika khutbah jumaat pula, mereka sentiasa update jemaah dengan isu-isu terkini dan bukannya isu berulang.

Inilah fenomena yang berlaku di negara Eropah sebenarnya... Begitu juga di Amerika.

Tujuan perkongsian ini bukanlah bertujuan untuk membuka minda atau tempurung yang ada di Malaysia supaya memandang dengan lebih luas. Mohon lah pada Allah s.w.t supaya ditunjukkan jalan yang lurus...

4 ulasan:

  1. Bi'run mutala'ah..mudah la nak mulahazah:(

    tempurung yang retak,jika di angkat dalam langit,tak mungkin retak semula.

    benar lah segaler video muslim muallaf kat deenshow ngan youtube tuh lagi memberansangkan!!!!

    ehlul bayt da ramai!!tanam jer rambut:)

    BalasPadam
  2. Islam kita ialah Islam yang terperangkap. Kita tersepit, kita dimomokkan dengan segala macam kekolotan, padahal agama kita terlalu syumul. Pilih akhirat kita dapat dunia, pilih dunia belum tentu dapat akhirat.

    Hairan, jika Islam itu dikatakan 'the way of life' tapi mengapa masih ramai yang tidak sedar tentang kehebatan agama wahyu ini.

    Kita perlukan pengamal media yang aktif dalam menyedarkan penyelewengan serta konspirasi dalam memburukkan agama Islam.

    Abang cerita, saya ambil, saya sebar!

    BalasPadam
  3. semakin lama, semakin ramai manusia sedar.

    BalasPadam
  4. salam///
    sedare, bile sedare nk update blog neyh?
    sy jge slah sowg peminat setie blog neyh dan jge sowg adk beradik dri melake.. hrp sedare update blog neyh secepat mgkin..sy sntiase mgikut prkembangan blog neyh..moge prjuagan krane allah diteruskan..allahu akhbar !!!

    BalasPadam