Rabu, 8 Julai 2009

Snippet: Menyahcaj Gelombang Elekromagnet Pada Diri



Setiap hari kita terdedah kepada frekuensi-frekuensi hasil daripada gelombang elektromagnet yang boleh membahayakan diri kita. Pernahkah anda terkena simpton tiba-tiba sakit kepala, atau mempunyai rasa malas yang berlebihan. Ia adalah kesan sampingan gelombang elektromagnet.

Hasilnya, anda membeli panadol untuk membunuh atau mengurangkan kesakitan tersebut. Tapi tahukah anda kita umat Islam telah diberi satu anugerah oleh Allah s.w.t iaitu sembahyang 5 waktu. Sembahyang 5 waktu tersebut, mempunyai 4 posisi asas iaitu berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk tahiyat. Untuk kali ini, kami akan huraikan bagaimana sembahyang ini menyahcajkan gelombang elektromagnet yang ada pada diri kita, di mana selepas itu boleh membangkitkan sifat-sifat positif pada diri seseorang.

Untuk menyahelektromagnet, sarjana barat telah membuat kajian dan analisa, bahawa cara termudah ialah melalui, meletakkan dahi ke lantai. Dalam posisi sembahyang ialah pergerakan sujud sebenarnya kaedah untuk menyahcajkan gelombang elektromagnet!



Cara terbaik untuk menyahcajkan ialah sujud menghala ke "center of the earth @ Pusat Bumi". Makkah telah dibuktikan secara saintifik sebagai Pusat Bumi, maka kita umat Islam telah dikurniakan oleh Allah s.w.t tentang cara menyahcajkan gelombang elektromagnet ini secara berkesan.

MashaAllah.

2 ulasan:

  1. saya menyokong seratus peratus..
    terjadi kat diri saya, kepala sakit sangat2..
    berdenyut2 lagi.. saya sembahyang jer.. lepas je sujud. terus elok. macam mengalir keluar jer sakit kepala tu. oleh itu, solat banyak2

    BalasPadam
  2. saya sokong,
    kerana saya mengalami sakit gigi(gigi bongsu nk tumbuh).
    lepas tu saya sembahyang,semasa sujud saya terasa gigi yang sakit tu berdenyut2..
    masa berdenyut tu bukan berdenyut sakit tapi denyutan tu denyutnya yang mengurangan sakit..
    betulah apa yang dikatakan oleh seorang doktor yang mengkaji cara orang islam bersolat..
    dalam kajian tu doktor yang mengkaji itu mendapati duduk tahiyat akhir dapat membetulkan posisi buah pinggang kita ketempat asal..
    Doktor yang mengkaji tu bukanlah dari orang islam tp bila dia mengkaji tentang kelebihan solat dia terus mendalam islam dan memeluk agama suci allah ni..

    BalasPadam