Selasa, 29 September 2009

RAHSIA DI SEBALIK NOMBOR

Kami telah menerima pelbagai feedback dari ahli-ahli Panji Hitam untuk mengetahui rahsia berkaitan nombor. Seperti yang kita maklum bahawa Malaysia kini hangat dengan ilmu berkaitan nombor dan popular sekali di gunakan oleh pengamal-pengamal ilmu tarikh lahir.

Kajian-kajian saintifik mengenai nombor juga telah lama dijalankan oleh pihak-pihak barat, berikut kami lampirkan sedikit review yang boleh anda baca berkaitan kajian nombor:
1. Hubungan metafizik dengan spiritual dan otak
2. Kajian berterusan metafizik untuk membaca fikiran.


Untuk membincangkan rahsia di sebalik nombor ini cukup luas bidangnya, dari segi ilmu metafizik, dari sudut matematik dan banyak lagi. Tapi hari ini kita akan lihat secara gambaran besar dari sudut metafizik seperti yang ingin diketahui oleh ahli-ahli Panji Hitam.

Nombor sebenarnya merupakan satu platform saja, ia tidak lah mempunyai kuasa seperti yang didakwa sesetengah pihak. Alasan dicipta berdasarkan "corak" nombor-nombor tersebut. Setiap nombor dari 1 hingga 9 mempunyai corak yang berbeza-beza dan setiap nombor tersebut mempunyai peranan, kepentingan serta kelemahan masing-masing. Fenomena yang melanda Malaysia ini yang sibuk dengan kursus-kursus rahsia tarikh lahir sebenarnya merupakan salah satu aplikasi metafizik. Ia juga bukanlah sejenis tilik nasib dan seumpamanya. Ini kerana tilik nasib berlaku apabila, kita membuat peramalan tanpa suatu yang tidak berbentuk ilmiah. Sebagai contoh, doktor konvensional memberi ubat berdasarkan simptom yang dihadapi, kita tidak boleh kata doktor sedang tilik nasib kerana ia bukanlah satu ramalan kerana ia telah pun dipelajari secara ilmiah setelah kajian-kajian dibuat. Di universiti-universiti kaedah ini juga dinamakan intelligent guess. Bukanlah satu tekaan membuta tuli. Begitu juga dengan kaedah seni metafizik yang juga diimplementasi dalam mengetahui "pattern" seseorang individu berdasarkan tarikh lahir mereka.

Tapi hari ini kita tidak akan masuk secara mendalam tentang ilmu-ilmu metafizik termasuk tarikh lahir, hari ini kita cuma akan bincangkan secara umum corak nombor dan kaitan nya dengan kaum melayu dan cina secara umum, supaya anda boleh mendapat gambaran tentang rahsia di sebalik nombor.

Melayu dan signifikan nombor 7.

Corak nombor 7 secara asas ialah berkaitan PENGARUH, KELOMPOK DAN SPIRITUAL. Jika kita lihat secara individu, individu yang mempunyai nombor 7 dikatakan mudah menarik penyokong. Dari segi konteks melayu secara umum, orang melayu sangat signifikan dengan corak 7. Orang melayu mudah menarik pengaruh dan suka duduk secara berkelompok. Mereka ini suka kepada aktiviti-aktiviti secara bersama, jika kita tengok kaum melayu ini cukup suka dengan menganjurkan macam-macam majlis, majlis berkhatan, majlis cukur jambul dan macam-macam lagi. Mereka mudah mesra dan mudah disenangi oleh jiran-jiran. Melayu juga sejenis kaum yang spiritual dimana mereka suka kepada aktiviti-aktiviti yang mistik. Setiap nombor mempunyai kelebihan serta kekurangan. Keburukan 7 ialah, jika kita lihat orang melayu cukup suka ambil tahu hal orang lain, pendek kata jaga tepi kain orang, bukan itu saja mereka juga terkenal dengan permainan hasad dengki. Sebab itu apabila kaum 7 ini duduk secara berkelompok dengan mudah mereka berasa iri hati sesama mereka. Inilah yang terjadi pada hari ini.

Cina dan signifikan nombor 8.

Corak nombor 8 sangat signifikan juga dengan kaum cina. 8 boleh didefinasikan sebagai KUAT BERFIKIR, TEKANAN DAN TANGGUNGJAWAB. Jika kita lihat perwatakan cina adalah kontra dengan orang melayu. Kaum 8 apabila bangun pagi mereka terus memikirkan tanggungjawab dan menekan diri mereka untuk berjaya. Dari zaman mereka muda-muda lagi mereka akan sibuk ke sana sini mencari pelbagai peluang untuk berjaya! Mereka ini hidup dalam tekanan. Mereka tidak peduli untuk ambil tahu hal orang lain, paling-paling pun mereka angkat tangan apabila nampak anda, jika nak mengumpat atau gossip lebih-lebih mereka tiada masa. Mereka ini bukanlah kaum yang bijak dari segi perancangan tapi mereka cepat merebut peluang yang ada kerana mereka memikirkan tanggungjawab mereka untuk mendapatkan masa depan yang cerah untuk anak cucu mereka. Kita ambil satu analogi, jika anda hantar kereta ke bengkel cina dan melayu, biasanya bengkel melayu akan mengambil masa yang lebih lama untuk menyiapkan kerja kerana mereka lebih suka bersantai, berbual-bual tanya khabar. Lihat pula cina, mereka lebih mengutamakan tanggungjawab mereka untuk menyiapkan kerja.

Demikianlah sedikit review secara gambaran tentang corak nombor dan hubungan nya dengan kaum melayu dan cina.

Sebenarnya setiap corak nombor mempunyai peranan masing-masing, jika kaum melayu dan cina bergabung mereka boleh menghasilkan kekayaan yang banyak dan melimpah. Sebagai contoh dalam bidang perniagaan gabungan 7 dan 8 akan memberi hasil lumayan. Secara penjelasan ringkasnya, kaum 7 dapat menarik penyokong dan pengaruh, kaum 8 pula menjalankan tanggungjawab mereka. Jadi apabila masing-masing main peranan mereka akan berjaya. Jika kita lihat dalam industri multilevel marketing, ramai kaum melayu yang terlibat dalam nya kerana mereka ini mudah mendapat penyokong berbanding cina.

Jadi kesimpulannya, kaum melayu perlulah memberikan prioriti kepada menekankan tanggungjawab sebagai remedi untuk lebih berjaya kelak.


Rujukan: highlander.