Moga saudara-saudara islam seluruh dunia berada dalam keadaan sihat walafiat, tenang, berbahagia di samping orang-orang tersayang.
Bersempena hari mulia Aidil Adha ini, Panji Hitam ingin menganjurkan kempen Hapuskan Sistem Kekayaan ! Kosongkan minda anda, izinkan kami membuat pembentangan terlebih dahulu.
Apakah yang dimaksud kan sebagai orang kaya ? Kenapa orang ingin menjadi orang kaya ? Berapa harta yang diperlukan untuk anda berhenti mengejar kekayaan?
Orang kaya dalam konteks hari ini ialah orang yang mempunyai banyak harta, banyak aset dan prestij. Kenapa orang ingin jadi kaya :
1. Kepercayaan mereka bahawa apabila mereka bergelar orang kaya, mereka akan senang dan bahagia, boleh makan apa saja yang diinginkan, boleh beli apa saja yang ingin dibeli.
2. Lambang kemegahan supaya mereka tidak di pandang rendah oleh masyarakat.
Manusia takkan berhenti mengejar kekayaan apabila nafsu sentiasa ingin lebih kaya berada dalam diri.
DAKYAH MENGEJAR KEKAYAAN KINI SUDAH BERLELUASA, DAN IA MERUPAKAN ALAT YANG BOLEH MELALAIKAN DAN MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM.
Hari ini, pelbagai seminar menarik duit lah, kekayaan guna minda lah, millionaire mind power lah, dan macam-macam lagi yang tanpa sedar merosakkan akidah kita sebagai Muslim Sejati.
Tengok betul-betul ayat di atas, Kenapa Orang nak jadi Kaya? Kerana mereka "percaya" bahawa mereka kaya (banyak duit, harta) mereka boleh hidup senang dan bahagia. Bahagia itu dari Allah, ada orang kurang berada tapi sangat bahagia, ini membuktikan bahawa jadi kaya dan bahagia itu tidak ada signifikan. Tapi apabila anda "percaya" kaya itu boleh memberi anda "bahagia", anda telah pun mensyirikkan Allah. Berat sangat dosa tu wahai saudaraku. Ingat hanya Allah yang boleh memberi kebahagiaan, kerana kita semua tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah s.w.t
Maaf bagi mereka yang pernah memasuki atau menganjurkan seminar sebegini. Kita ambil logik, contoh menggunakan kuasa minda/reiki untuk menarik kekayaan dan harta. Logik atau tidak logik? Contoh kereta enzo ferrari di kilangkan 90 biji, ada 100 orang yang menggunakan kuasa minda untuk menarik enzo ferrari, antara kaedahnya (jika anda nak dapatkan kereta tersebut, ambil gambar, sebelum tido dan bangun tido anda tatap dengan penuh hikmah dan bayangkan kereta tersebut akan berada depan rumah anda), tak mungkin 100 orang tu akan dapat kerana enzo cuma ada 90 saja.
Contoh lain, macam mana anda nak pergi Mekah. Anda perlu buat plan,bila sampai masa anda cukup duit, anda beli tiket kapal terbang, bila sampai masanya, anda berlepas, dan sampai masa dan ketikanya anda tiba di tanah suci Mekah. Persoalan? boleh kah anda pejam mata terus sampai Mekah ? tidak boleh kan ? kerana anda perlu ikut langkah demi langkah. Mengamalkan ilmu kuasa minda dan sebagainya ini seolah-olah anda pejam mata terus sampai Mekah.
Perhatikan perkataan "sampai masa dan ketika" di atas. Ini membuktikan segala-galanya telah di atur sempurna oleh Allah s.w.t Sampai masa anda lahir, sampai masa anda sakit, sampai masa anda kaya dan sampai masa anda akan temui ajal. Walau anda bayangkan setiap hari pun gambar enzo tu, Jika Allah s.w.t tetapkan tahun depan lagi 10 tahun anda akan dapat enzo tu, maka 10 tahun lagi lah anda akan mendapat enzo. Jadi bukan kerana kuasa minda yang anda amalkan itu boleh merealitikan apa yang anda inginkan, tapi dengan izin Allah s.w.t iaitu apabila sampai masa dan ketikanya. Manakan mungkin ada 9 jika tiada 8, atau 8 tanpa 7.. atau bayi lahir terus bersilat, semua mesti merangkak dulu. Inilah dipanggil fitrah Alam.
Bayangkan lagi, separuh saja penduduk bumi, boleh guna kuasa minda, untuk menarik kekayaan dan harta contohnya, maka akan huru haralah bumi ini kerana ia tidak lagi berpaksikan peredaran masa. Dan untunglah bagi mereka yang terus menyebarkan dakyah ini kerana mereka akan terus menerus kaya dengan hanya membuaikan anda dengan mimpi indah belaka.
Berhentilah menganut fahaman yang terang bercanggah ini.
Kenapa kaedah ini mudah mendapat tempat di hati orang melayu. Kita pernah membincangkan melayu dan signifikan dengan angka 7, jika anda belum baca boleh refer di sini : http://panjihitamdaritimur.blogspot.com/2009/09/rahsia-di-sebalik-nombor.html
Orang melayu ialah orang yang sangat suka kepada sesuatu yang bersifat shortcut. Jika boleh lahir saja di muka bumi, mereka ingin terus jadi superstar. Orang melayu ialah orang yang mudah mengikut-ikut jika ada perkumpulan orang ramai, hanya kerana sifat ingin tahu, kemudian memikir-mikir akhirnya ditipu. Ini diilustrasikan oleh cerita Tan Sri P Ramlee ketika menjual obat...
Tanpa berfikir logik saja orang melayu bertindak "mempercayai" itulah obat yang sebenar.
----------------------------------------------------------------------------------------
Baiklah kita berbalik kepada tajuk asal iaitu penghapusan sistem kekayaan.
Kenapa kita perlu menghapus sikap mengejar kekayaan?
1. Kita mengucap kalimah syahadah, bukan kalimah duit. Kita mengaku bahawa Tiada Tuhan Selain Allah, Bukan Tiada Tuhan Selain Duit. Kita percaya hanya Allah saja yang berkuasa untuk memberi sihat, kesenangan dan bahagia bukannya duit.
2. Mengejar kekayaan lebih banyak buruk dari yang baik. kerana apa? Apabila kita membayangkan kita akan jadi kaya pada tahun depan, kita akan buat APA SAJA untuk mendapatkan kekayaan tersebut, termasuk menerima rasuah, menindas orang, bersikap rakus dan tamak, berselisih faham dan pentingkan diri sendiri dan ada yang memutuskan silatulrahim kerana menganggap rakan/keluarga adalah penghalang kepada mereka mencapai cita-cita untuk menjadi KAYA.
3. Bayangkan setiap orang mempunyai ciri-ciri di atas, apa akan jadi ke atas dunia? semua manusia dah tiada pedoman, semuanya menganut agama "kertas" kerana mereka percaya kertas yang diberi nama duit itu adalah Tuhan mereka. Bayangkan manusia berbunuh, mendengki sesama sendiri kerana nak Kaya. Siapa yang dapat untung? the hidden hand. Merekalah paling untung kerana manusia kini menganut dakyah mereka.
4. Negara yang boleh hidup secara aman harmoni, ialah apabila semua rakyat, hidup dalam keadaan sama rata, tiada kaya atau miskin, semuanya sama. Maka tiadalah sifat mendengki, penipuan, jenayah dan lain-lain. Fikirkan kenapa masalah jenayah semakin berleluasa hingga hari ini, Ini semua kerana Dakyah nak kaya, nak hidup senang.
Di dalam azan terkandung satu kata-kata hikmat lagi sakti iaitu " Marilah bersama menuju kejayaan !"
Inilah yang dianjurkan oleh Islam, bukan penindasan gara-gara kerakusan mereka yang bertuhankan duit. Bagi adik beradik ku sekalian, hang pa kena ingat, matlamat kita fisabilillah bukan menaikkan ekonomi tapi perjuangan kita kerana Allah s.w.t
Apabila jemaah kita kuat, secara tidak langsung ekonomi juga akan naik dan tiada lagi adik beradik yang susah. Kepada adik beradik yang menganut fahaman 36 dan 77. Berhentilah membuat kerja tidak berfaedah, sampai bila hang pa nak jadi samseng. Kita adalah sama. Dah sampai masa kita jadi kuat dan bersatu padu. Bersama kita menuju kejayaan.
Ingat:
Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku - Az-Zariyat:56
Inilah matlamat kita hidup di dunia ini.
pandangan tuan pada saya agak extreme.... menolak terus kakayaan harta.
BalasPadamPada pandangan saya tidak salah mencari kekayaan harta tp mengikut pesan guru saya tidaklah meletakkan harta itu di dalam hati.
Selagi kita memegang konsep bertauhidkan Allah tidak salah untuk mencari kekayaan.
Bukankah kemiskinan lebih mendekatkan kita kepada kemungkaran.
Para sahabat Nabi dulu adalah golongan yang kaya dan berada contoh nya Abdul Rahman bin Auf r.a.Beliau salah seorg 10 sahabat yang nabi janjikan syurga di atas dunia.
terdapat kata2 terkenal berbunyi sedemikian
"bertebaran lah mencari rezeki seolah2 kamu akan idup seribu tahun lagi...dan beribadahlah seolah2 kamu akan mati esok hari"
Seorang islam yang mempunyai tauhid yang tegap dan kaya bukankah itu baik kapada islam itu sendiri.
Pokoknya konsep mengesakan Allah itu yang perlu dipupuk dan ditanam. Bukannya mengejar kekayaan itu punca gejala moral.
In god we trust
BalasPadamalhamdulillah...akhirnya
BalasPadamSalam..
BalasPadamTerima kasih atas maklumbalas tersebut. Hadis yang dipetik saudara tiada satu pun menulis perkataan "kekayaan" atau mencari kekayaan.. yang ada adalah rezeki..
Kekayaan boleh menyebabkan seseorang tamak.
begitu juga hadis berikut:
” …bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang.” (Surah Al-Jumu’ah:10)
Kami tidak menolak anda mencari rezeki, cuma konsep mengejar kekayaan pada hari ini boleh mencetuskan umat islam bersifat individualism dan tidak lagi bergerak bersama-sama menuju kejayaan.
Apa yang Islam anjurkan ialah:
MARILAH "BERSAMA" MENUJU KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.
Iaitu bergerak bersama sebagai satu jemaah yang kuat lagi bersatu padu tak kira dalam menjana ekonomi dan sebagainya.
Hari ini, masing2 yang mengejar kekayaan hanya jaga periuk nasi sendiri, tanpa pedulikan saudara yang susah.
Jadi tujuan kempen ini ialah, untuk memastikan tiada jurang lagi antara kaya dan miskin, kerana semuanya akan jadi sama rata. Dalam erti kata mudah TIADA KAYA dan TIADA MISKIN.
Seperti orang pergi haji di mekah, semua memakai pakaian ihram serba putih tak kira apa pun status mereka di luar sana.
Kerana di sisi Allah.. kita adalah sama.. HambaNya.
Salam.
BalasPadamSaya setuju dengan artikel TS. Sekarang ni orang sanggup buat apa sahaja untuk kaya. Termasuk segelintir pemimpin. Yang kaya terus mengejar kekayaan. Rakyat yang miskin dan ketinggalan terus tertindas.
Salah satu contoh yang boleh diambil, salah sebuah institusi pemberi pinjaman pendidikan di Malaysia, pinjaman bayar balik yang beserta faedah a.k.a riba. Bayaran balik melebihi jumlah pinjaman sebenar. Menyusahkan mereka yang berpendapatan rendah apatah lagi yang belum mendapat pekerjaan.
Disebabkan mengejar kekayaanlah mereka ini dah tak fikir lagi punca dan cara dapatkan duit tersebut, menindas dengan mengenakan caj yang tak masuk akal.
Bilakah sistem sebegini akan berakhir?..
kadang2 terfikir jugak,,,org bukn Islam menggunakan harta sebgai penarik minat degn mmbntu org Islam yg tidak berharta (miskin) utk mnmbh jumlah penganut mereka.scra tak lgsung fikirn mreka juga akn brubh tehdp Islam dgn mmbndingkan cara ini...
BalasPadamharta dperlukan tok jaln kebaikan wpun kadg2 mkn dri ~
hamba-Nya yg kerdil
tak salah mencari kekayaan asalkan tidak melalaikan kita daripada mengingati allah
BalasPadamEnti yang menarik..
BalasPadam