Sabtu, 7 Mac 2015

Hidup Dalam Dunia Sendiri

Assalamulaikum dan Salam Sayang,

Dalam kehidupan yang semakin mencabar hari ini. Kami doakan semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah swt.

Dengan rendah hati dituruti perasaan sedih, banyak badan fisabilillah pada hari ini seperti hidup dalam dunia sendiri.

Ada yang jadikan badan fisabilillah ini sebagai tempat puaskan kehendak peribadi, dapatkan kemegahan nama, tempat buat duit dan macam-macam hal.

Paling penting dalam organisasi adalah pemimpin. Sekiranya pemimpin itu pegang janjinya dan sentiasa membimbing adik-adik ke arah tujuan Fisabilillah itu sendiri, inshaAllah tidak timbulnya gejala yang dianggap merepek-merepek ini.

Kalau Khalifah tak pasti bagaimana nak membimbing, belajarlah dengan ikhlas dengan orang yang berilmu untuk membimbing mereka. Kerana itu tanggungjawab kamu sebagai Khalifah. Bukan bila jadi Khalifah, awak saja yang betul.

Kalau dalam organisasi ada berpuluh ribu orang, tapi kalau khalifah tak pandai membimbing. Impak organisasi tu hanya kecil saja pada dunia. Tapi, jadilah organisasi walaupun tak ramai, tapi mampu menumbangkan berpuluh ribu orang ini tadi.

Jadi ahli fisabilillah, bukan bermakna, kita hanya buat aktiviti konvoi bersama, lepak setiap minggu dekat kedai mamak ramai2, pergi kenduri kendara saja. Itu cuma aktiviti sampingan yang baik untuk diteruskan.

Setiap dari kita perlulah menjadi "Pakar" dalam bidang masing-masing. Kalau kita penjual burger, jadilah penjual burger yang hebat. Kalau kita foreman, tumpukan diri untuk menjadi foreman paling kurang di daerah sendiri. Kalau kita jadi ahli politik, jadilah ahli politik yang amanah dan ikhlas menjaga kepentingan rakyat.

Kenapa kita perlu menjadi pakar?

Sebagai ahli Fisabilillah, kita adalah pejuang yang berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air sekiranya diperlukan. Kita berjuang untuk melindungi yang berhak dan melawan yang batil. Bagaimana kita nak tolong melindungi kalau kita sendiri perlukan perlindungan?

Kalau kita jadi pakar dalam sesuatu bidang, kita boleh melindungi yang berhak menggunakan kepakaran kita. Contohnya, kita pakar dalam bidang foremanship, kita boleh membantu mereka yang berhak dari ditipu oleh pihak yang bertanggungjawab kerana dengan kepakaran kita itu tadi boleh melindungi mereka dari kerugian beribu ringgit.

Tapi, janganlah jadi seperti "harapkan pagar, pagar makan padi pula"

Dalam organisasi tak perlu ramai, katalah ada sepuluh (10) orang, tapi semuanya pakar dan pengarah syarikat berpengaruh, organisasi itu akan dihormati.

Kita perlukan badan fisabilillah seperti ini. Tak perlu ramai tapi dapat beri impak tahap maksimum seperti "skuad elit".

Untuk permulaan, kepada para khalifah, pertama profilkan ahli anda yang beribu orang tadi tu. Cari  mereka yang mempunyai kepakaran yang berpotensi. Letakkan mereka dalam satu kumpulan sebagai percubaan.

Dalam group tersebut, kenali kelebihan dan kelemahan masing-masing.
dan Brainstrom idea untuk mendapatkan jawapan:
1. Apakah visi atau matlamat kita tubuhkan group ini?
2. Apakah IMPAK group ini kepada masyarakat?
3. Apakah keuntungan yang kita boleh beri pada masyarakat/Apa manfaat group ini pada masyarakat? (Pastikan anda tahu bagaimana impak pada masyarakat)
4. Apakah pengetahuan, skillset yang diperlukan untuk memastikan kita mencapai matlamat dan memberi impak yang kita mahukan itu tadi.
5. Berbincang dengan Khalifah pusat atau yang senior untuk mendapatkan maklumbalas mereka tentang perkara ini.
6. Berikan tugasan spesifik pada setiap ahli. Pastikan tidak ada overlap tugasan, setiap orang ada tugasan unik masing-masing.
7. Khalifah yang monitor apa yang perlu diperbaiki dan mengadakan mesyuarat dengan semua ahli untuk brainstorm cara untuk penambah baikkan.
8. Apabila pilot projek ini berjaya, Khalifah boleh berbincang untuk membesarkan lagi group ini kepada ahli lain yang "sudah bersedia dengan kepakaran" dan berminat untuk menyertai.

Semoga panduan ini bermanfaat kepada sekalian ahli fisabilillah. Maafkan kami sekali lagi sekiranya kami tersilap bahasa.

Kami sentiasa doakan, semoga kita semua kekal dalam rahmat Allah swt dan kita ahli Fisabillah sentiasa bersatu padu baik di Malaysia, Indonesia dan Singapura.





1 ulasan:

  1. Kehebatan itu mesti berlandaskan kepada contoh usaha dan kehebatan Rasulullah. Barakallahufikum!

    BalasPadam