Rabu, 14 Ogos 2013

Melayu Oh Melayu


Dulu kau seorang yang bersopan santun
Berbudi pekerti yang tinggi
Menjadi tauladan kepada sekalian masyarakat

Dulu kau seorang yang bijaksana
Bijak menjaga diri, keluarga
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

Dulu kau seorang yang kuat imannya
Walau halilintar datang menggertak bumi
Tidak akan dapat menggoyangkan imanmu

Dulu kau pandai berseni
Tenunan indah, jahitan cantik
Tiada tandingannya

Dulu kau jugalah pendekar terbilang
Musuh seribu kau seorang
Bujur lalu melintang patah

Kini....

Baru cuit sikit dah melenting
Baru cuit sikit dah menangis
Baru cuit sikit dah hilang pandai
Baru cuit sikit dah berpecah

Bangsaku ! Apakah sifat Melayu Sejati kau masih mengalir di dalam dirimu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan