Ahad, 11 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Assalamualaikum.. dan Salam Sayang..

Pertama sekali kami doakan agar semua saudara muslimin dan muslimat berada dalam perlindungan dan rahmat Allah. Semoga kita semua berada keadaan sihat dan gembira.. sambil bergurau mesra di hari raya. 

Dalam tempoh 2 tahun ini, tentu banyak perkara yang telah pun kita sedar dan memberikan kita idea yang lebih matang untuk meneruskan perjuangan hidup ini. Dalam tempoh ini juga, kami melihat pelbagai group muncul bagai cendawan tumbuh.... terutama yang menggunakan nama PANJI HITAM DARI TIMUR.

Kami telah mendapat pelbagai maklumbalas berkenaan hal ini, dan kami ingin mengambil kesempatan untuk menerangkan kepada para pembaca sekalian bahawa... selain daripada website panjihitamdaritimur.blogspot.com maka ia bukanlah entiti kami. Website ini adalah satu-satunya rujukan untuk para peminat PANJI HITAM DARI TIMUR pada ketika ini. 

Kami gembira memerhati perkembangan positif bahawa banyak sukarelawan berjihad untuk menyatukan umat islam secara seluruhnya. Pelbagai video, iklan di share di laman-laman sosial, ini menunjukkan perkembangan positif dan sihat. 

Tapi pada masa yang sama.. kami juga melihat ketaksuban pengikut-pengikut ekstrim yang boleh mengundang ketidakselesaan juga makin meningkat. Perkara ini bukanlah perkara baru... pihak kami cuba ingin mengingatkan beberapa perkara sebagai tanda ingatan buat anda dan buat kami juga.

Ingatlah, Apa perjuangan pun terletak pada hati, Yang penting HATI.

Jangan kita bermimpi menakluki dunia.. jikalau hati sendiri pun kita masih belum takluki. Jangan bermimpi untuk menerangi dunia, jika hati kita sendiri masih gelap dengan sifat dengki, khianat, fitnah dan lain-lain. 

Bunyinya mudah... tapi percayalah masih ramai yang belum dapat menakluki hati sendiri. 

Kami di Panji Hitam Dari Timur ingin mengucapkan... Selamat hari raya aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan