Sabtu, 7 Mac 2015

Hidup Dalam Dunia Sendiri

Assalamulaikum dan Salam Sayang,

Dalam kehidupan yang semakin mencabar hari ini. Kami doakan semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah swt.

Dengan rendah hati dituruti perasaan sedih, banyak badan fisabilillah pada hari ini seperti hidup dalam dunia sendiri.

Ada yang jadikan badan fisabilillah ini sebagai tempat puaskan kehendak peribadi, dapatkan kemegahan nama, tempat buat duit dan macam-macam hal.

Paling penting dalam organisasi adalah pemimpin. Sekiranya pemimpin itu pegang janjinya dan sentiasa membimbing adik-adik ke arah tujuan Fisabilillah itu sendiri, inshaAllah tidak timbulnya gejala yang dianggap merepek-merepek ini.

Kalau Khalifah tak pasti bagaimana nak membimbing, belajarlah dengan ikhlas dengan orang yang berilmu untuk membimbing mereka. Kerana itu tanggungjawab kamu sebagai Khalifah. Bukan bila jadi Khalifah, awak saja yang betul.

Kalau dalam organisasi ada berpuluh ribu orang, tapi kalau khalifah tak pandai membimbing. Impak organisasi tu hanya kecil saja pada dunia. Tapi, jadilah organisasi walaupun tak ramai, tapi mampu menumbangkan berpuluh ribu orang ini tadi.

Jadi ahli fisabilillah, bukan bermakna, kita hanya buat aktiviti konvoi bersama, lepak setiap minggu dekat kedai mamak ramai2, pergi kenduri kendara saja. Itu cuma aktiviti sampingan yang baik untuk diteruskan.

Setiap dari kita perlulah menjadi "Pakar" dalam bidang masing-masing. Kalau kita penjual burger, jadilah penjual burger yang hebat. Kalau kita foreman, tumpukan diri untuk menjadi foreman paling kurang di daerah sendiri. Kalau kita jadi ahli politik, jadilah ahli politik yang amanah dan ikhlas menjaga kepentingan rakyat.

Kenapa kita perlu menjadi pakar?

Sebagai ahli Fisabilillah, kita adalah pejuang yang berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air sekiranya diperlukan. Kita berjuang untuk melindungi yang berhak dan melawan yang batil. Bagaimana kita nak tolong melindungi kalau kita sendiri perlukan perlindungan?

Kalau kita jadi pakar dalam sesuatu bidang, kita boleh melindungi yang berhak menggunakan kepakaran kita. Contohnya, kita pakar dalam bidang foremanship, kita boleh membantu mereka yang berhak dari ditipu oleh pihak yang bertanggungjawab kerana dengan kepakaran kita itu tadi boleh melindungi mereka dari kerugian beribu ringgit.

Tapi, janganlah jadi seperti "harapkan pagar, pagar makan padi pula"

Dalam organisasi tak perlu ramai, katalah ada sepuluh (10) orang, tapi semuanya pakar dan pengarah syarikat berpengaruh, organisasi itu akan dihormati.

Kita perlukan badan fisabilillah seperti ini. Tak perlu ramai tapi dapat beri impak tahap maksimum seperti "skuad elit".

Untuk permulaan, kepada para khalifah, pertama profilkan ahli anda yang beribu orang tadi tu. Cari  mereka yang mempunyai kepakaran yang berpotensi. Letakkan mereka dalam satu kumpulan sebagai percubaan.

Dalam group tersebut, kenali kelebihan dan kelemahan masing-masing.
dan Brainstrom idea untuk mendapatkan jawapan:
1. Apakah visi atau matlamat kita tubuhkan group ini?
2. Apakah IMPAK group ini kepada masyarakat?
3. Apakah keuntungan yang kita boleh beri pada masyarakat/Apa manfaat group ini pada masyarakat? (Pastikan anda tahu bagaimana impak pada masyarakat)
4. Apakah pengetahuan, skillset yang diperlukan untuk memastikan kita mencapai matlamat dan memberi impak yang kita mahukan itu tadi.
5. Berbincang dengan Khalifah pusat atau yang senior untuk mendapatkan maklumbalas mereka tentang perkara ini.
6. Berikan tugasan spesifik pada setiap ahli. Pastikan tidak ada overlap tugasan, setiap orang ada tugasan unik masing-masing.
7. Khalifah yang monitor apa yang perlu diperbaiki dan mengadakan mesyuarat dengan semua ahli untuk brainstorm cara untuk penambah baikkan.
8. Apabila pilot projek ini berjaya, Khalifah boleh berbincang untuk membesarkan lagi group ini kepada ahli lain yang "sudah bersedia dengan kepakaran" dan berminat untuk menyertai.

Semoga panduan ini bermanfaat kepada sekalian ahli fisabilillah. Maafkan kami sekali lagi sekiranya kami tersilap bahasa.

Kami sentiasa doakan, semoga kita semua kekal dalam rahmat Allah swt dan kita ahli Fisabillah sentiasa bersatu padu baik di Malaysia, Indonesia dan Singapura.





Selasa, 20 Ogos 2013

Wakil - Wakil Panji Hitam Dari Timur

Assalamualaikum dan Salam Sayang Dari Kami,

Kami telah mendapat maklumbalas yang masih ramai yang berhajat untuk mengenali dan mendalami lebih lanjut tentang Fisabilillah, dengan itu hari ini kami mengeluarkan senarai pendek ahli Panji Hitam Dari Timur yang telah terpilih untuk tujuan ini.

Kepada yang berminat untuk mengetahui lanjut tentang Fisabilillah, bolehlah berhubung terus dengan mereka yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Sila rujuk senarai di bawah untuk maklumat lanjut.

Kepada semua Ayahanda, Kekanda, Abang-Abang dan Adik Beradik Fisabilillah... dengan rendah hati, kami Panji Hitam Dari Timur ingin memohon jasa baik dan kerjasama semua untuk membimbing, setakat mana yang boleh dan termampu... untuk sama-sama kita mengukuhkan persaudaraan Islam kerana Allah Taala .


UTARA
Ayahanda Anas (Butterworth)
012-4611563
Putra (Kubang Rotan)
014-2485271
Sunan (Gelanggang Gurun)
019-8127736
Kechik (Kota Kuala Muda)
013-6104360
Cikgu Wan (Titi Tinggi, Perlis)
019-5439539
Qoyum (Gelanggang Gurun)
019-3283767
Apek (Ipoh)
012-2482779
Bird (Tikam Batu)
017-4545477
Black King (Sg Petani)
013-7027311
Shaz Charlie (Penang)
012-5663036
Ejad (Gelanggang Gurun)
019-3430309
Ayahanda Tarmizi (Nai Mat)
019-4490094
Angah Wan Putra (Kulim)
017-4223670
Along Salehuddin (Ipoh)
017-5083026
BORNEO
Bob (Sarawak)
019-4849417
Luqman (Sabah)
012-8316434
Amy (Sabah)
019-9569787
Shahnizal (Kota Kinabalu)
013-9581736
Along Hamzah (Kuching)
012-8542736
PANTAI TIMUR
Lan Kerteh (Paka)
012-3358462
Nahza (Gayong Maarifat)
013-9683786
Din (Kuala Terengganu)
019-6440406
Syed (Utara Selatan)
014-8336517
Along Hazwan (Terengganu)
014-5125835
Ari (Dungun)
013-9747456
Along Daos (Machang)
017-9788629
Firdaus (Genting Highlands)
017-3313141
Hafizuddin (Pasir Putih)
014-5050373
Achik Shadzrin (Terengganu)
013-6261016
Khaldon (Patani)
017-9995882
Angah Cikgu Zain (Kelantan)
019-0571878
Amy (Pengkalan Chepa)
014-5078357
Along Aduka (Rompin)
013-8948100
Adi Shahrizal (Chini)
019-9110439
SELATAN
Rozaimi (Melaka)
019-6272571
Johar (Utara Selatan)
012-9652862
Daus Alex (Seremban)
017-6390384
Rashdan (Seremban)
013-5990336
Razali Tentera (Johor)
012-4230787
Jemie (Johor Bahru)
017-7969719
Mack Azman (Kota Tinggi)
012-7335859
Rafiq (Muar)
014-5001612
Sham (Kluang)
019-7194179
Badly Shah (Batu Pahat)
017-7330728
WILAYAH TENGAH
Yus (Keramat)
019-2724981
Wan (Setiawangsa)
014-6218850
Ady (Klang)
017-6023784
Hafis (Kg Pandan)
012-5375347
Ayie (313)
017-5077960
Lan (Kg Pandan)
012-5375347
Mud (Utara Selatan)
019-3653205
Sidek Janggut (Kerinchi)
012-2906463
Ayahanda Anakomar (Putrajaya)
019-2929666
Black (Ampang)
019-3692377
Ucop (Kg Baru)
019-6101448
Hanis Syazwan (Cochrane)
013-3943886
Azreen (Kerinchi)
012-6657836
Ijam Mail (Salak South)
017-2320486
Wan Cheras (Utara Selatan)
014-9333447
Adie Botak (Wangsa Maju)
017-3657193
Bun (Kg Baru)
013-2328810
Alang (Titiwangsa)
012-2441456
Jay (Bukit Bintang)
017-3016017
Mahzan (Semerah Padi)
012-4136772
Fairul (Damansara)
017-7654825
Hilmie (Puncak Alam)
014-7213526
INDONESIA
Ayahanda R Hermawan
85645558248
Angah Raihan
6281270511444
SINGAPURA
Zaid 
075562744,+6592391902

Sabtu, 17 Ogos 2013

Kerajaan Kini Mengaku Tentang Adanya "Area 51"



Dokumen baru mendedahkan laporan, yang diperolehi oleh Universiti George Washington dari Arkib Keselamatan Negara, muncul buat kali pertama mengakui kewujudan Area 51. Beratus-ratus muka surat menerangkan asal-usul laman Nevada yang merupakan rumah kepada program pesawat pengintip kerajaan selama beberapa dekad. Dokumen-dokumen yang tidak, bagaimanapun, menyebut alien.

Projek ini bermula dengan secara perlahan-lahan selepas berakhirnya Perang Dunia II.

Sumber Berita: The Atlantic Wire

Rabu, 14 Ogos 2013

Melayu Oh Melayu


Dulu kau seorang yang bersopan santun
Berbudi pekerti yang tinggi
Menjadi tauladan kepada sekalian masyarakat

Dulu kau seorang yang bijaksana
Bijak menjaga diri, keluarga
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

Dulu kau seorang yang kuat imannya
Walau halilintar datang menggertak bumi
Tidak akan dapat menggoyangkan imanmu

Dulu kau pandai berseni
Tenunan indah, jahitan cantik
Tiada tandingannya

Dulu kau jugalah pendekar terbilang
Musuh seribu kau seorang
Bujur lalu melintang patah

Kini....

Baru cuit sikit dah melenting
Baru cuit sikit dah menangis
Baru cuit sikit dah hilang pandai
Baru cuit sikit dah berpecah

Bangsaku ! Apakah sifat Melayu Sejati kau masih mengalir di dalam dirimu.

Ahad, 11 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Assalamualaikum.. dan Salam Sayang..

Pertama sekali kami doakan agar semua saudara muslimin dan muslimat berada dalam perlindungan dan rahmat Allah. Semoga kita semua berada keadaan sihat dan gembira.. sambil bergurau mesra di hari raya. 

Dalam tempoh 2 tahun ini, tentu banyak perkara yang telah pun kita sedar dan memberikan kita idea yang lebih matang untuk meneruskan perjuangan hidup ini. Dalam tempoh ini juga, kami melihat pelbagai group muncul bagai cendawan tumbuh.... terutama yang menggunakan nama PANJI HITAM DARI TIMUR.

Kami telah mendapat pelbagai maklumbalas berkenaan hal ini, dan kami ingin mengambil kesempatan untuk menerangkan kepada para pembaca sekalian bahawa... selain daripada website panjihitamdaritimur.blogspot.com maka ia bukanlah entiti kami. Website ini adalah satu-satunya rujukan untuk para peminat PANJI HITAM DARI TIMUR pada ketika ini. 

Kami gembira memerhati perkembangan positif bahawa banyak sukarelawan berjihad untuk menyatukan umat islam secara seluruhnya. Pelbagai video, iklan di share di laman-laman sosial, ini menunjukkan perkembangan positif dan sihat. 

Tapi pada masa yang sama.. kami juga melihat ketaksuban pengikut-pengikut ekstrim yang boleh mengundang ketidakselesaan juga makin meningkat. Perkara ini bukanlah perkara baru... pihak kami cuba ingin mengingatkan beberapa perkara sebagai tanda ingatan buat anda dan buat kami juga.

Ingatlah, Apa perjuangan pun terletak pada hati, Yang penting HATI.

Jangan kita bermimpi menakluki dunia.. jikalau hati sendiri pun kita masih belum takluki. Jangan bermimpi untuk menerangi dunia, jika hati kita sendiri masih gelap dengan sifat dengki, khianat, fitnah dan lain-lain. 

Bunyinya mudah... tapi percayalah masih ramai yang belum dapat menakluki hati sendiri. 

Kami di Panji Hitam Dari Timur ingin mengucapkan... Selamat hari raya aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin...








Sabtu, 21 Julai 2012

Mengkaji Semula Struktur Penyatuan Fisabilillah.

Assalamualaikum dan Salam Sayang...

Pertama sekali kami ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa yang kedua pada hari ini. Diharap tiada yang cuba memonteng secara sengaja kerana ibadah ini adalah salah satu ibadah yang penting selain dari solat 5 waktu sehari semalam.

Sudah sampai masanya, kita mengkaji semula budaya hidup melayu islam pada hari ini. Kerana terlalu banyak ruang, yang telah dibiarkan sehingga bersarang dalam hidup kita tanpa ada tindakan memperbaikinya secara keseluruhan. Artikel kali ini memerlukan kerjasama para ketua-ketua badan fisabilillah untuk memastikan keberkesanannya.

Ramai yang menyeru supaya kita semua BERSATU. Itu adalah perkara yang sangat baik. Tapi adakah dengan menyeru saja sudah mencukupi? Tentunya Tidak.

Seruan hanyalah dalam bentuk kata-kata semangat yang disampaikan oleh satu pihak kepada pihak lain tapi ia sekadar angin lalu saja dan ia tidak akan berkesan melainkan kita memasang sistem Monitoring dan Control yang baik. Ramai yang  mampu menyeru ke arah kebaikkan Tapi untuk mengambil tanggungjawab memastikan perlaksanaan yang berkesan, berapa kerat saja yang mampu. Dan kami di sini ingin mengucapkan tahniah kepada badan fisabilillah yang telah dan sedang berusaha menggalas tanggungjawab yang mencabar ini.

Antara perkara paling asas yang perlu diberikan perhatian adalah kenapa adanya perbezaan pemahaman?
Ia adalah kerana kita masih belum ada sistem yang efektif untuk memastikan semua ahli fisabilillah mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang sama rata.Terlalu banyak konflik dan perselisihan faham berlaku yang punca utamanya adalah maklumat dan pemahaman yang tidak selari. Ini adalah perkara pokok (pendidikan), yang perlu dibincangkan di pengurusan tertinggi Badan Fisabilillah seluruh Malaysia untuk merapatkan jurang ini untuk ke arah penyatuan yang baik.

CARA UNTUK BERSATU

1. Semua ahli perlu mempunyai didikan, pengetahuan dan pemahaman yang sama tentang perjuangan. Fakta yang sama, dan perlu dibuang cerita yang ditambah-tambah perisanya supaya tidak meracuni pemikiran yang boleh melibatkan selisih faham. Ahli Majlis tertinggi fisabilillah seluruh Malaysia perlu mengadakan satu pertemuan untuk membuat silibus pengetahuan yang sama dan selaras. Ini sepatutnya adalah peranan majlis tertinggi.
2. Kemudian, semua ahli perlu bertanggungjawab memajukan diri sendiri, melawan dengan sifat buruk diri sendiri yang boleh memberi impak negatif kepada badan ini. Di sini lah peranan besar abang-abang untuk membantu ayahanda, membimbing adik-adik.

Jadi, apa yang perlu dibimbing? Abang-abang perlu membimbing adik-adiknya untuk menjadi seorang yang matang dalam menyelesaikan masalah hidup dan berhenti campur tangan secara terus dalam menyelesaikan masalah adik. Abang hanya membimbing dan memberi sokongan moral dan bukan menyelesaikan masalah sendiri. Peringatan kepada adik-adik.... kita adalah pejuang fisabilillah, mereka sepatutnya dididik untuk menjadi insan matang yang boleh menyelesaikan masalah diri dan membantu saudara lain. Jika mereka sendiri tidak mampu mennyelesaikan masalah sendiri dan sentiasa mengharapkan pertolongan abang-abang, mereka akan lambat matang. Kita perlu mengurangkan "bantuan" pada adik2.. kecuali ia melibatkan AGAMA, BANGSA dan TANAH AIR saja.

3. Menggalakkan adik beradik menyertai gelanggang persilatan sebagai aktiviti disiplin dan menyihatkan. Ini adalah sangat penting dan secara tidak langsung kita mempertahankan warisan seni mempertahankan diri warisan kita.

PERKARA YANG ANDA BOLEH TINGKATKAN SEBAGAI FISABILILLAH.

1. Mendalami ilmu agama, memahami hakikat kehidupan, kenapa anda dilahirkan. Siapakah diri anda? Apakah peranan anda? Mengkaji asal usul kejadian alam... kejadian manusia.. Mengkaji sifat 20 dan lain-lain.

2. Elakkan membuang masa bercerita perkara-perkara yang tidak sihat seperti cerita yang tidak ada jawapan jika dibincangkan.

3. Menghormati insan lain, dan belajar mengawal sikap marah dan bertindak tanpa usul periksa. Contohnya, jika anda mendapat satu cerita yang menaikkan kemarahan anda, ambillah masa untuk periksa sebelum anda mempercayainya.

Antara perkara yang anda boleh persoalkan ialah: 
- Dari mana sumber itu diperolehi?
-Siapa saksi cerita tersebut?
-Apakah niat si pencerita tersebut menyampaikan perkara ini kepada anda?
-Siapa yang terlibat dan puncanya?

4. Elakkan budaya mengikut kawan, pastikan anda sentiasa jelas dengan matlamat anda. Ini adalah penting untuk mengelakkan anda dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Walaupun ramai orang sokong tidak semestinya mereka betul...

5. Simpan Rahsia. Elakkan membuka kelemahan adik-beradik lain. Perkara inilah yang menyebabkan pahlawan handal kita zaman dulu kalah. Kecundangnya mereka adalah sebab ada pihak yang iri hati membuka kelemahan mereka.

6. Sentiasa menceritakan kebaikkan dan kehebatan adik-beradik, supaya kita disegani oleh pihak yang cuba mencari kelemahan dan menjatuhkan mereka.

7. Sentiasa mengarahkan diri untuk berkata benar. Elakkan bercakap bohong kerana inilah penyakit hati yang paling besar.

SEKIAN... SALAM SAYANG DARI KAMI. KAMI BERHARAP SEMUA AHLI FISABILLLAH DAPAT MEMBERI KERJASAMA YANG IKHLAS DALAM MENSTRUKTUR SEMULA DIRI SENDIRI, DALAM PROSES PENYATUAN SEMUA AHLI FISABILILLAH. MARILAH KITA BERDOA SUPAYA JEMAAH KITA SENTIASA KUAT DAN BERSATU PADU.


Sekiranya ada yang terkurang.. tersilap... Kami ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf. ///


Selasa, 16 November 2010

Erti kekayaan

Assalamualaikum dan Salam Sayang kepada semua para pembaca,

Bersempena hari mulia Aidil Adha ini, kami ingin berkongsi satu topik iaitu tentang ERTI KEKAYAAN. 

Apakah yang dimaksud kan sebagai orang kaya..?
Kenapa orang ingin menjadi orang kaya..?
Berapa harta yang diperlukan untuk manusia berasa cukup dan berhenti mengejar kekayaan..?

Orang kaya dalam konteks hari ini ialah seseorang yang mempunyai banyak harta dan prestij. Kenapa orang ingin jadi kaya :

1. Kepercayaan mereka bahawa apabila mereka bergelar orang kaya, mereka akan senang dan bahagia, boleh makan apa saja yang diinginkan, boleh beli apa saja yang ingin dibeli.
2. Lambang kemegahan supaya mereka tidak di pandang rendah oleh masyarakat.

Manusia takkan berhenti mengejar kekayaan kerana nafsu yang sentiasa mendorong.. "nak lagi.. nak lagi dan nak lebih lagi .."

DAKYAH FOKUS MENGEJAR KEKAYAAN KINI ADALAH PERKARA BIASA, DAN TIDAK NORMAL PULA JIKA ANDA TIDAK MENGEJAR KEKAYAAN. TAPI ADAKAH ANDA SEDAR YANG IA JUGA MERUPAKAN ALAT YANG BOLEH MELALAIKAN DAN MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM SECARA HALUS....?

Hari ini, pelbagai seminar untuk menarik duit, kekayaan menggunakan minda dan pelbagai lagi... yang tanpa sedar membantu secara halus mengubah haluan akidah secara halus pada hari ini.

Kami minta ada perhatikan kembali ayat di atas... tentang Kenapa Orang nak jadi Kaya?
Kerana mereka "percaya" bahawa mereka kaya (banyak duit, harta) mereka boleh hidup senang dan bahagia.

Bahagia itu dari Allah, ada orang kurang berada tapi sangat bahagia, ini membuktikan bahawa jadi kaya dan bahagia itu tidak ada signifikan tapi lebih cenderung kepada memuaskan nafsu diri.

Apabila seseorang "percaya" bahawa kaya itu boleh memberikan "bahagia", maka secara halus dia telah pun mensyirikkan Allah swt.

Kita perlu ingat dan memahami bahawa.... hanya Allah yang boleh memberi kebahagiaan kepada sesiapa yang Dia inginkan, kerana kita semua tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah s.w.t

Kami menyusun sepuluh jari memohon maaf bagi mereka yang pernah terjebak memasuki atau menganjurkan seminar sebegini.

Kami cuba illustrasikan kupasan ini dalam penjelasan yang logik,

Contoh anda menggunakan kuasa minda untuk menarik kekayaan dan harta. Logik atau tidak logik?

Contoh kereta enzo ferrari di kilangkan 9 biji, ada 100 orang yang menggunakan kuasa minda untuk menarik enzo ferrari, antara kaedahnya (jika anda nak dapatkan kereta tersebut dalam masa singkat, ambil gambar, sebelum tido dan bangun tido anda tatap dengan penuh hikmah dan bayangkan kereta tersebut akan berada depan rumah anda), dari sudut demand and supply tak mungkin 100 orang tu akan capai hajatnya kerana enzo cuma ada 9 biji saja. Katalah, jika 9 orang dapat 9 biji enzo, bagaimana pula cita-cita 91 orang yang mewakili 91% yang gagal memenuhi cita-cita mereka..?

Kami berikan contoh lain kepada anda..., Jika anda mahu ke Mekah,,. tentunya anda perlu buat perancangan secara teratur,bila sampai masa anda cukup duit, anda beli tiket kapal terbang, bila sampai masanya, anda berlepas, dan sampai masa dan ketikanya anda tiba di tanah suci Mekah.

Persoalan di sini.. boleh kah anda pejam mata terus sampai Mekah ?

Secara logik akal.. kami pasti bagi manusia biasa agak mustahil. kerana setiap perkara yang kita lakukan itu ada jalan cerita (langkah demi langkah). Mengamalkan ilmu minda separa sedar hanya lah sebagai motivasi untuk bekerja keras untuk mencapai cita-cita secara konsisten dan bukan beerti bila mengamalkannya seolah-olah anda pejam mata terus boleh sampai Mekah...

Perhatikan perkataan "sampai masa dan ketika" di atas. Ini membuktikan segala-galanya telah di atur sempurna oleh Allah s.w.t Sampai masa... anda lahir, sampai masa... anda sakit, sampai masa... anda kaya dan sampai masa... anda akan temui ajal. Walau anda bayangkan setiap hari pun gambar enzo tu, Jika Allah s.w.t tetapkan tahun depan lagi 10 tahun anda akan dapat enzo tu, maka 10 tahun lagi lah anda akan mendapat enzo. Jadi bukan kerana kuasa minda yang anda amalkan itu boleh merealitikan apa yang anda inginkan, tapi dengan izin Allah s.w.t iaitu apabila sampai masa dan ketikanya. Manakan mungkin ada 9 jika tiada 8, atau 8 tanpa 7.. atau bayi lahir terus bersilat, semua mesti merangkak dulu. Inilah dipanggil fitrah Alam.

Bayangkan lagi, jika separuh penduduk bumi, boleh guna kuasa minda, untuk menarik kekayaan dan harta contohnya, maka akan huru haralah bumi ini kerana ia tidak lagi berpaksikan peredaran masa dan sequence. Dan untunglah bagi mereka yang terus menyebarkan dakyah ini kerana mereka akan terus menerus kaya dengan hanya membuaikan ramai manusia dengan mimpi-mimpi yang indah belaka.

Kami ingin menyeru rakan-rakan seperjuangan untuk memikir semula konsep dan pemahaman ilmu seperti ini. 

Kenapa kaedah ini mudah mendapat tempat di hati orang melayu. Kita pernah membincangkan perihal, jika anda belum mengetahui boleh lah anda rujuk di link berikut : http://panjihitamdaritimur.blogspot.com/2009/09/rahsia-di-sebalik-nombor.html

Orang melayu ialah orang yang sangat suka kepada sesuatu yang bersifat shortcut. Jika boleh lahir saja di muka bumi, mereka ingin terus jadi superstar. Orang melayu ialah orang yang mudah mengikut-ikut jika ada perkumpulan orang ramai, hanya kerana sifat ingin tahu, kemudian memikir-mikir akhirnya ditipu. Ini diilustrasikan oleh cerita Tan Sri P Ramlee ketika menjual obat...



Tanpa berfikir logik saja orang melayu bertindak "mempercayai" itulah obat yang sebenar.

----------------------------------------------------------------------------------------

Baiklah kita berbalik kepada tajuk asal iaitu perbincangan tentang ERTI KEKAYAAN.

Kenapa kita perlu memahami konsep dan erti kekayaan?

Untuk mengelakkan banyak manusia hilang pedoman dan  menjadikan kertas yang diberi nama duit sebagai Tuhan yang boleh memberi kekenyangan, kesihatan, kegembiraan dan lain-lain.

Sedangkan semuanya ini adalah Rahmat dan Kasih Sayang Allah..

Apabila jemaah kita kuat di bawah akidah yang teguh iaitu tiada niat lain mengerjakan sesuatu selain dari Kerana Allah, secara tidak langsung ekonomi juga akan naik.

Ada juga yang bertanya, kalau begitu tidak perlulah manusia bekerja, mencari nafkah?
Jawapan: Kita bekerja bukan kerana kerja itu boleh mendatangkan kekayaan dan kebahagiaan... kita bekerja kerana ia adalah perintah Allah swt. Bekerja adalah salah satu ibadah kita kepada Allah swt. Ia satu tanggungjawab.

Sekadar memperingati sesama kita:

Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku - Az-Zariyat:56

Inilah matlamat kita hidup di dunia ini.