Rabu, 24 Jun 2009

Snippet: Orang Islam Dunia

Untuk entry kali ini kami memilih cara santai untuk berkongsi maklumat dengan saudara-saudari sekalian. Entry kali ini kami nak kongsi cerita tentang orang Islam di dunia. Mungkin ramai orang Malaysia khususnya orang melayu beranggapan, Islam ini popular di tanah arab dan melayu saja.

Sebenarnya kajian statistik menunjukkan, populasi orang Islam di dunia ialah setiap 4 orang terdapat 1 orang Islam. Banyak fakta diselewengkan seolah-olah Islam ini agama kolot dan makin pupus dan semakin ramai meninggalkannya. Itu lah yang cuba diwayangkan oleh sesetengah media termasuk media cetak dan buku-buku teks. Mereka sedar dan takut sekiranya ramai orang tahu fakta yang sebenar.

Jika saudara pernah menjejakkan kaki di bumi Eropah, sebenarnya jutaan muslim ada disana terutama di France. Di German saja terdapat lebih kurang 12juta orang Islam. Fakta juga menunjukkan apabila anda berkunjung ke Eropah, banyak gereja yang kosong dan telah diambil alih menjadi masjid. Ini juga lambang kebangkitan Islam. Ia berlaku secara global. Salah satu negara yang tidak disangka menerima Islam secara drastik ialah Poland. Ia telah merisaukan pihak Amerika dan Zionis. Begitulah Allah menunjukkan kekuasaanNya....

Di German, apabila mereka bersolat, dari segi pakaian, mereka bekerja dengan memakai baju biasa mereka melakukan pekerjaan, tapi bila tiba waktu solat berjemaah, mereka pergi ke Masjid dan mengambil jubah dan sarung saja.

Jubah mereka telah siap diletakkan di masjid dalam keadaan bersih dan teratur.Begitu cantik sistem mereka dari segi pemakaian. Apabila mereka berada dalam saf, mereka sangat pentingkan saf, bahu rapat ke bahu, kaki juga rapat antara satu sama lain.

Jika di Malaysia mungkin masjidnya besar jadi orang suka ambil jarak... tapi itu lah fenomena di German.

Bukan setakat itu saja, jika sembahyang terawikh di sana, Imam akan beritahu surah apa yang akan dibaca untuk keesokan hari, jadi jemaah boleh balik mengulangkaji surah tersebut, apabila imam membaca surah itu pada keesokan hari jemaah boleh mengikuti dengan baik dan biasanya tidak akan mengantuk walau dibaca surah panjang sekalipun.

Lagi satu fenomena menarik yang jarang berlaku ialah, Imam di sana selepas solat, berdoa pada Allah supaya solat mereka itu diterima oleh Allah. Jika khutbah jumaat pula, mereka sentiasa update jemaah dengan isu-isu terkini dan bukannya isu berulang.

Inilah fenomena yang berlaku di negara Eropah sebenarnya... Begitu juga di Amerika.

Tujuan perkongsian ini bukanlah bertujuan untuk membuka minda atau tempurung yang ada di Malaysia supaya memandang dengan lebih luas. Mohon lah pada Allah s.w.t supaya ditunjukkan jalan yang lurus...

Sabtu, 13 Jun 2009

Ada Apa dengan 2012

Trailer movie 2012 adalah satu lagi konspirasi nak mengelirukan orang awam. Ia diterbitkan columbia tristar iaitu sekutu paling kuat illuminati dalam bidang perfileman.

Cerita ini based kepada kalendar kaum Maya. Oleh kerana kalendar Maya akan tamat pada 21 dec 2012 maka, mereka juga mengadakan cerita konspirasi ini iaitu kiamat pada 2012.

Menurut Zagami: (The Resistance)

Illuminati merancang melakukan “Penazian” negara-negara Barat pada tahun 2012 dan akan menghukum semua orang beriman, dengan alasan berperang melawan terorist serta akan menghancurkan perekonomian dunia.

Zagami, seorang keturunan keluarga Illuminati, pada bulan Jun tahun lalu telah menukar agama, dan memilih Islam sebagai agama barunya. Kemudian dia nekad melakukan counter attack terhadap Illuminati. Sewaktu beliau masih sebagai anggota keluarga Illuminati, Ia mempunyai banyak pengalaman mengikuti berbagai upacara setan yang menakutkan, upacara magic hitam (sihir jahat), pengendalian fikiran (mind control) dan penyeksaan yang dilakukan di dalam lingkungan Loji tertutup.

Pada setiap Sabtu ia menyimpan daftar nama-nama anggota Freemasonry tingkat tinggi dan dipanggil sebagai Illuminati Confessions, mereka menyatakan persediaan berperang melawan para pengikut setan Illuminati. Di samping melakukan kawalan secara ketat, Zagami juga memberikan nombor telefon peribadi untuk menjawab berbagai pertanyaan penting mengenai ketulusannya melakukan hal tersebut.

“Zagami menjelaskan bahawa sekarang adalah akhir zaman, dan ini bukan main-main, tegasnya, Hal itu disampaikannya pada tanggal 3 Januari 2007 dalam sebuah wawancara di tempatnya.

“Perlu diingat bahawa akan terjadi perubahan posisi kosmik pada tanggal 21 Desember 2012, dimana situasi itu memerlukan waktu 6 tahun kepada kita untuk mempersiapkan diri … Jadi, sebaiknya waktu itu dipersiapkan diri kita masing masing, kemudian semuanya bangkit melawan Illuminati dan memertahankan hak kita di bawah perlindungan dari Allah s.w.t sebelum Illuminati mengambil mengambilalih dan memulakan penganiayaan terhadap orang-orang beriman. … Siapkan senjata kamu untuk mempertahankan keyakinan atau kita juga akan hancur binasa. Ini perang melawan Setan, jadi, wahai penduduk bumi belahan Barat, (termasuk di Timur juga) sadarlah, atau kamu akan bangun dari mimpi buruk di pagi hari bulan Desember 2012.

“Mulai tahun 2010 Anda akan mula merasai perubahan suasana secara besar-besaran, akan tetapi pada tahun 2012 Anda akan melihat dengan jelas berakhirnya peradaban ini dengan mata kepala kita sendiri … akan terjadi total PENAZIAN negara-negara Barat pada tahun 2010, sebelum itu ekonomi akan mula jatuh ke tahap yang teruk yang kesannya akan dirasakan setiap orang. Kemudian ketegangan sosial akan memuncak ketahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dan pada akhirnya menjadi konflik internal pada tahun 2012, yaitu PERANG SAUDARA”

“Apakah Anda siap mati untuk Allah dan dengan keyakinan agama Islam untuk melakukan perubahan positif untuk dunia, ataukah Anda semua hanyalah sekumpulan pengecut yang berada di bawah kekuasaan setan, atau hanya tahu cakap saja dengan tidak ada bukti nyata”

Zagami, sebagai mantan anggota the Comitato Esecutivo Massonico - Masonic Executive Committee (MEC) of Monte Carlo, beliau juga sebagai anggota Freemasonry tingkat 33, dan sebagai salah seorang pimpinan dalam kelompok Loji setan P2 (Propaganda 2) Freemasonry. Dia adalah seorang “pemimpin” yang dipersiapkan untuk mengambil alih pimpinan Illuminati dari “raja” Licio Gelli yang sudah tua.

Illuminati layaknya seperti kumpulan-kumpulan besar. Tiada masalah jika keluarga Chicago, London atau New York yang melakukan tugas. Mereka merupakan lingkaran keluarga yang hidupnya diabadikan untuk kepentingan tujuan yang sama, iaitu menguasai dunia dengan sistem Luciferian.

Mari kita lihat pementasan karya Illuminati

Zagami menjelaskan bahawa dunia merupakan pertunjukan boneka global di kendalikan oleh tangan-tangan manusia idiot, yang tidak pernah berubah cara hidupnya selama berabad-abad di bawah naungan ajaran Lucifer.

Kata Zagami, mereka bekerja bersama-sama, termasuk Hugo Chavez yang dengan sungguh-sungguh membantu melaksanakan agenda Bush dengan penampilan theatrical nya. Chavez dikendalikan oleh Vatican dan bekerja untuk The New World Order sebagaimana juga dilakukan oleh hampir semua pimpinan pemerintahan dan agama-agama di dunia.

“Begitulah cara mereka bekerja bersama-sama di lapisan atas untuk satu tujuan yang mereka fikir merupakan suatu cover-up yang sempurna. Wahabi atau Wahibi [the Saudis] diciptakan oleh Zionis dan teman-temannya. Tentu saja Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Islam) juga berada dibelakang pimpinan Iran dan pimpinan Perlawanan Iraq . Semuanya panggung sandiwara untuk mengelirukan orang-orang awam.

“Pertunjukkan yang dicanang oleh pertubuhan rahsia” dan Ahmadinejad di kenali sebagai pengikut aliran setan yang tidak jelas hubungannya dengan Islam”.

Dia juga mengatakan bahawa konflik Putin dengan Rothschild hanyalah sebuah “permainan”. Putin juga dikendalikan oleh Illuminati.

Zagami menentang bekas kawan-kawan beliau yang merupakan anggota Freemasonry penyembah setan dan pengamal black magic, para penipu, untuk berdialog secara terbuka. Untuk menguasai rakyatnya sendiri, para Aristokrat Eropah dalam melaksanakan pemerintahannya selalunya dibantu dengan sorcery dan black magic.. serta kekuatan setan lainnya … Mereka belajar ilmu setan ini dari Guru-gurunya di Rome yang diambil ilmunya dari Yunani, Mesir, Sumeria … yang tidak pernah berhenti melakukan penipuan terus menerus terhadap umat manusia.

Selanjutnya dikatakan bahawa G.W. Bush adalah anak “orang paling berkuasa di Illuminati dan dia dididik bapaknya serta CIA untuk menjadi seorang boneka. Antichrist Vatican Zionist, dan tidaklah menjadi masalah bagi Illuminati, apakah ia menjadi presiden atau tidak, kerana keluarga Bush akan selalu tampil berperanan sebagai pemimpin keadaan. Ingat tokoh setan Anton LaVey, pendiri Gereja Setan dan pengendali perang pemikiran CIA adalah teman dekat George H. Bush, mereka bersama-sama merencanakan untuk menjadikan anak nya iaitu George W.Bush sebagai pengikut setan, untuk melakukan peranan penting apabila datangnya Era Setan setelah 11 September 2001. Dan kejadian tersebut dirancang rapi sejak lama dulu, sewaktu Anton LaVey masih hidup.

“Saat ini hampir semua ajaran agama dirosak dari dalam oleh Illuminati, termasuk Islam, Yahudi, Evangelis, Protestan, the Born-Again Kristen, semuanya di kuasai secara rahsia oleh Freemasonry, knight templar, dan Jesuit. Jadi dialog antar-agama secara murni pun sangat mustahil untuk dilakukan.

Natijahnya, Leo Zagami menanggap dirinya sebagai "the last idealist in the Illuminati." Dan mengatakan bahawa Ia memimpin pemberontakkan terhadap Illuminati dan cukup memperoleh sokongan dari rakan-rakannya yang sama-sama telah sedar. Adalah penuh harapan dalam situasi seperti waktu sekarang ini muncul seorang yang berani dan layak seperti Leo Zagami. Ingat, Illuminati selalu merancang huru-hara dan kemudian mereka juga menjadi juru selamat. Umpama mereka menghantar virus mungkin seperti H1N1, dan mereka juga akan berperanan sebagai juru selamat. Contoh lain, seperti Hitler berjaya menjebak rakyat Jerman ke dalam perangkap Illuminati. Dan beliau juga menjadi hero Jerman.

Jumaat, 12 Jun 2009

Kebangkitan Amerika dari tidur lena.


Bukan, kita di Malaysia saja yang mengkaji konspirasi ini, ramai rakan-rakan kita dari negara-negara lain juga menyelidik serta meneliti perkara yang berlaku pada sekeliling kerana merasakan ada "sesuatu yang tak kena", termasuk juga Amerika. Sesetengah orang kita cukup bencikan Amerika, kerana mereka percaya bahawa Amerika pencetus kepada keganasan, tapi kami akan beritahu anda bahawa, kami akan tolong mereka, walaupun mereka bukan saudara kita, kerana mereka hanya digunakan sebagai bahan mentah, DAN ada dalang besar di sebalik mereka. Jika dapat disedarkan, sedarkanlah semua manusia ini, jangan bersifat Asabiyah hanya menyedarkan kaum kita saja, kita biar kaum lain hanyut. Tak kira, apa warna kulit, apa agama, mereka perlu di bangunkan. Kita tidak mahu mereka terus dibuai lena. Apabila mereka sedar dan "mula" mencari kebenaran secara tidak langsung mereka akan semakin hampir dengan Islam.

Sejak berlakunya peristiwa 9-11, ia merupakan tarikh pencetus kepada rakyat Amerika untuk mengkaji peristiwa aneh yang berlaku di sekitar mereka. Kebanyakkan mereka juga telah menyedari bahawa mereka ditipu hidup-hidup melalui peristiwa itu. Lihat hari ini semakin ramai rakyat Amerika menganut Islam setelah mengkaji peristiwa penting tersebut serta konspirasi-konspirasi yang berlaku dalam kehidupan mereka.

Orang Amerika juga sudah "mula" sedar betapa mereka dipergunakan oleh Dajjal. Disebabkan itu hari ini lahirlah orang-orang yang mempunyai "high curiosity" untuk mengkaji sejarah dan konspirasi antarabangsa seperti David Icke, Mike Hanson dan Alex Jones. Demi untuk mengkaji pelbagai konspirasi yang berlaku, mereka telah mengeluarkan pelbagai hipotesis berkaitan dengan Dajjal. Macam-macam teori mereka kemukakan berdasarkan kertas siasatan mereka, seperti Obama, George Bush dan Pope John Paul II sebagai Anti Christ, David Rockefeller sebagai Dajjal sebab menguasai 50% harta seluruh dunia, dan pengaruh politik yang kuat.
Ini salah satu video contoh tentang pembentangan teori mereka.




Terdapat juga penyelidik popular seperti Canadian Prof David Livingston, menganut Islam selepas membuat penyelidikan berkaitan konspirasi dunia. Sebenarnya mengkaji konspirasi dunia ini menyebabkan kita semakin dekat dengan Al-Quran dan Sunnah. Kerana Al-Quran dan Sunnah ialah 2 rujukan yang ditinggalkan oleh Rasulullah, sesiapa berpandukan 2 ini tidak akan sesat! Sebab itu zaman dahulu, Mak dan Ayah atau Atok Nenek kita berpesan supaya kita mengaji Al-Quran, bukan setakat membaca Al-Quran. Begitu penting nya mengaji Al-Quran, kerana segala macam ilmu semua ada di dalamnya. Hanya yang mengaji akan ketahui rahsia di sebaliknya. Dajjal yang hebat dalam konspirasi ini telah lama mengkaji Al-Quran, walaupun mereka kata mereka tidak percaya, tapi tetap mereka mengkajinya. Sebenarnya mereka telah tahu cara hidup yang betul, pelbagai teknologi juga mereka peroleh hasil dari kajian mereka terhadap Al-Quran.
Sebagai contoh penulis seperti I. D. Campbell , telah menghasilkan karya membongkar teori-teori kristian seperti There is No Trinity, Islam is the truth dan sebagainya. Sila layari laman web berikut untuk keterangan lanjut: http://www.islamisthetruth.org/
Semakin hari semakin ramai American bangkit dari tidur, pada pemerhatian kami, tidak lama lagi, Dajjal tidak akan menggunakan Amerika sebagai proksi kuasa. Dajjal akan terus menggunakan Israel. Di awal-awal dahulu, Dajjal menggunakan British sebagai proksi (menyorok di belakang British), hari ini Amerika, dan sekiranya Amerika telah bangun, dijangkakan Dajjal akan menggunakan Israel. Lihatlah hari ini, apa saja yang berlaku di dunia, akan menguntungkan Israel, tak kira apa pun, seolah-olah ia pusat pengumpulan kuasa, dan kemungkinan tentera dajjal.
Jika anda telah membuat kajian tentang illuminati dan freemason, kami sarankan untuk anda pergi tengok wayang untuk lihat unsur-unsur illuminati berada di wayang. Anda akan dapat kesan. Sebagai contoh angel vs demon (terang-terangan), Alien vs Monster dan Drag me to hell. Tujuan kami memberitahu anda perkara ini, ialah untuk menjadi kan anda lebih peka dengan sekeliling, dan mengetahui bahawa unsur-unsur mereka juga ada dalam kehidupan kita tanpa kita sedar.