Sabtu, 7 Ogos 2010

Huraian bagi persoalan lazim ke atas ahli Fisabilillah (30)

Situasi sebagai ahli fisabilillah hari ini telah melahirkan pelbagai kontroversi yang rata-ratanya ialah kerana maklumat yang disampaikan seringkali di tokok tambah oleh pihak-pihak yang merasakan diri seolah-olahnya tahu dan arif tentang fisabilillah sedangkan mereka sendiri kabur dengan apa yang tersirat di sebalik perjuangan fisabilillah

Seperti pepatah melayu Tak Kenal Maka Tak Cinta.

Fisabilillah ini dikenali sebagai satu badan yang bergerak secara berjemaah bersaksikan kalimah “Tiada Tuhan Selain Allah, Muhammad itu pesuruh Allah.” Dengan memikul tanggungjawab bersama ke arah satu matlamat iaitu berjuang kerana Allah.

Terdapat banyak persoalan, mengapa badan fisabilillah ini perlu bergerak secara sulit/rahsia, kenapa ia tidak diperjuangkan secara terbuka sekiranya ia boleh membawa kepada keharmonian sejagat?

Berbalik kepada sejarah fisabilillah itu sendiri. Rasulullah S.A.W juga tidak menjadi kan semua umatnya sebagai tentera fisabilillah sebaliknya Rasulullah hanya membaiahkan hanya 313 orang saja untuk tujuan tersebut. Bukan semua orang mempunyai perjalanan hidup yang sama, setiap insan ada perjalanan yang berbeza, hanya mereka yang dibukakan jalan dengan izin Allah, maka jadilah mereka sebagai ahli fisabilillah Begitulah sifat Allah yang Maha Kuasa, Maha Mengetahui dan hanya DIA berhak memlilih SESIAPA SAJA yang dikehendakiNya untuk berada di jalan ini. 

Persoalan, bagaimana badan ini mendidik ahli-ahlinya, kerana sering kali hari ini ahli ini terlibat dengan banyak kes keganasan seperti memeras ugut, kegiatan mengutip duit dan banyak lagi aktiviti yang kurang sihat? Bukankah ia bertentangan dengan prinsip sebagai ahli fisabilillah ?

Untuk pengetahuan para pembaca yang dikasihi sekalian, badan ini tidak pernah pun dalam sejarah membuka sekolah untuk tujuan mendidik. Segala bentuk pedidikan adalah bermula dari rumah. Tiada piagam dalam badan ini yang menyuruh ahli-ahlinya untuk terlibat dalam kegiatan tidak sihat seperti yang dinyatakan. Untuk memudahkan pemahaman.. izinkan kami mengambil contoh satu analogi untuk menjelaskan maksud tersebut.

ISLAM sebagai Agama Ad Din. Itu kita pasti dan tidak boleh dipertikaikan. Islam menerapkan nilai-nilai murni untuk keharmonian sejagat. Benar, Itu juga hakikat. Itu juga kita tidak pertikaikan. Islam sebagai cara hidup yang terbaik juga kita tidak pertikaikan.

Persoalan yang boleh dibawa untuk kajian kita ialah, adakah apabila seseorang itu menjadi Islam, atau di kad pengenalan di tulis Agama: Islam akan menjamin bahawa seseorang itu akan sentiasa mengamalkan segala nilai-nilai murni dalam Islam?

Jawapannya, tentu tidak. Kerana kita adalah manusia biasa yang fitrahnya membuat kesilapan.

Di peringkat global, mereka menggelarkan Islam sebagai terrorist. Adakah anda seorang terrorist?
Berbaiah sebagai ahli fisabilillah tidak menjadikan seorang itu terpelihara dari membuat kesilapan.

Apabila melibatkan perjuangan, minta jangan sesekali di politik atau dijual beli. Berhentilah kita dari bertikam sesama sendiri, janganlah kita mendengki, berburuk sangka dan bermusuhan sesama sendiri, kerana kita semua adalah bersaudara dalam Islam.

Kepada ahli fisabilillah yang masih tidur lena dibuai mimpi indah, bangunlah dari tidurmu. Kita semua perlu bersatu, hari sudah subuh, kita dah kena bangun, laksanakan tanggungjawab. Sudah sampai masanya kita bersama-sama berusaha kearah kejayaan. Kita ini ibarat cubit peha kiri,peha kanan pun terasa. Rajin lah berhubung dengan adik beradik dan bersama-sama lah bergerak membina kejayaan.

Akhir sekali, kami terima emel yang banyak dari mereka yang menyatakan hasrat hati berminat untuk menjadi ahli fisabilillah untuk bersama kami dalam perjuangan ini. Carilah Amir yang berdekatan dengan tempat tinggal anda, minta petunjuk dari Allah, in sha Allah anda akan jumpa.

Kami bukan berjuang kerana ekonomi, kerana perjuangan berasaskan ekonomi /duit adalah bukan matlamat yang abadi. Kami berjuang bukan kerana untuk mendapat pahala.. tapi perjuangan yang kami seru ini  adalah satu perjuangan berasaskan keikhlasan, bukan juga untuk mendapat syurga kerana syurga atau neraka itu adalah milik mutlak Allah.

KAMI BERJUANG HANYA KERANA ALLAH!
SEGALANYA DATANG DARI ALLAH DAN AKAN KEMBALI PADA ALLAH!