Jumaat, 29 Mei 2009

MATLAMAT FISABILILLAH 30

Entry kali ini kami ingin mengupas serba sedikit tentang perjuangan fisabilillah. Kami berasa amat sedih dan kecewa melihat ramai adik beradik kita yang masih kabur dalam perjuangan ini. Kami menyusun sepuluh jari memohon maaf jika artikel ini bakal mengusik emosi pihak tertentu.

Pernahkah kamu memikir tentang persoalan ini
1. Siapa kamu?
2. Apa matlamat kamu?
3. Apa yang kamu perjuangkan?

Masih ramai yang masih terkial-kial untuk menjawab soalan di atas... tak kurang juga ramai yang sudah pandai. Untuk yang dah pandai, kami ucapkan tahniah kerana anda sudah ada pegangan yang teguh dalam perjuangan... Bagi yang belum, marilah belajar, marilah mengaji bersama supaya kita ni sama-sama pandai.

Hari paling bersejarah bagi kamu (soldier of Allah) ialah pada hari baiah kamu:

” Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia (baiah) kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.” (Surah Fath:10)

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang baiah fisabilillah.

Itulah yang membezakan ahli fisabilillah dan pejuang-pejuang yang lain.

Pihak illuminati bijak dengan menyebarkan anasir-anasir komunism kepada pejuang fisabilillah melalui Mao Ze Dong dan kemudian diadaptasi di Malaysia... kononnya menjadi peneraju perjuangan untuk menaikkan ekonomi.

MODAL, KUASA dan NAMA pula menjadi matlamat perjuangan.

Kami ingin menekankan bahawa... tiada yang lain... Matlamat perjuangan fisabilillah hanyalah satu iaitu niat KERANA ALLAH.

Ramai yang telah terjerumus ke dalam kongsi gelap secara tak langsung menganut fahaman komunis tanpa sedar. Inilah tujuan illuminati mengasaskan pelbagai kongsi gelap di dunia... Nampak gagah dengan bertatu naga harimau yang di banggakan. Semuanya terpengaruh dengan dakyah mereka untuk nampak hebat di mata masyarakat dan semua ini boleh  merosakkan perjuangan fisabilillah.

Menurut pelbagai sumber laporan yang kami terima, termasuk dari pengalaman sendiri. Puak-puak yang suka bermegah ini tiada faedah lain.. selain untuk membuat duit.

Kami ingin menyeru kepada semua terutama kepada pejuang fisabilillah, keistimewaan yang ada ini janganlah disalahgunakan, jangan hanya tahu... tapi mengajilah biar sampai pandai, supaya bolehlah kita membantu antara satu sama lain. Bila dah pandai barulah kamu dapat beza yang mana berlian yang mana kaca.

Wallahualam...

11 ulasan:

  1. salam ziarah...
    terima kaseh kerana memberi penerangan ini...diharapkan umat islam semua kembali kepangkal jalan sebenar...

    BalasPadam
  2. bagus perjuangan saudara, saya menyokong penuh perjuangan saudara itu. semoga saudara dan persatuan saudara mencapai matlamat yang diinginkan. cuma satu pesan saya, bersatulah! jgn berjuang bersendirian. Insyaalah kemenangan milik kita.

    BalasPadam
  3. assalamu'alaikum...kupasan yg ckup menarik dr saudara...sy jga teringat kembali sumpah p'juangan dahulu....btl spt kata engku syed, p'juangan hndklh b'satu.... spt cth sebatan lidi dgn seberkas lidi...manakan senang utk mematahkn seberkas lidi?...
    sy b'harap saudar dpt m'hubungi sy 017-3692971 utk mengeratkn lg silaturrahim.... Terima kasih

    BalasPadam
  4. sungguh indah cara tn hamba berjuang, menggunakan pena sbg pedang,ilmu yang di curahkan sgt berguna untuk memberi pengajaran kepada yang keliru dan tertipu. tapi apakan daya bkn semua dapat memahami. kekuatan hati dan rohani amat penting, sekiranya hendak berjuang wajiblah mempunyai ilmu supaya tidak mudah tergelincir dan tertipu oleh iblis dan pengikutnya. izinkan hamba copy ilmu2 ini untuk di curahkan kepada ikhwan2 yang lain. sekiranya dtg ke kb kelantan, bolehlah kita bersua sekiranya sudi, bolehlah hubungi hamba 0139000301. bnyk yang hamba boleh blajr lg dgn saudara.tq. 000

    BalasPadam
  5. salam..
    izinkan sy untuk ambil nota2 yg disebarkan saudara ke dalam blog sy untuk disebarkan kepada sahabat2 yg laen agar sedar akan ape yg sebenarnya diperjuangkan..

    BalasPadam
  6. salam...
    betol hai saudra seperjuangku waulpun kita
    berasal dri barat taupun timur tapi pengang
    kita sama al quran dan sunnah dan jalan kita hanya satu untuk mendpt keredaan Allah

    BalasPadam
  7. izinkan sy menyampaikan perkara ini..

    BalasPadam
  8. saya pohon utk copy artikel ini,sungguh menarik dan amat pedas bagi mereka yg di atas..

    30 la, 77 la, mcm2 lagi..

    BalasPadam
  9. saya nak copy ni dan paste dlm blog saya

    BalasPadam
  10. assalamualaikum,

    saya nak taw macam mana nak 'masuk' tapi saya taknak org salah anggap,sbb ramai yang masuk sebab nak megah..

    BalasPadam
  11. benar.. banyak telah menyimpang.. persatuan2 melayu sekelian, marilah kita bersatu dibawah naungan 2 kalimah tauhid!!

    BalasPadam