Isnin, 19 Oktober 2009

RESET SEMULA PEMIKIRAN!

Topik kali ini kita akan membincangkan bagaimana cara untuk kita capai full potential yang terdapat pada diri kita. Kajian statistik menunjukkan + - 80% manusia di muka bumi ini tidak mencapai matlamat dan menggunakan kapasiti yang terdapat dalam diri mereka.

Kenapa ramai tidak mencapai potensi atau kejayaan yang mereka idam kan?
Kerana kebanyakkan mereka TIDAK SEDAR dan hanya melihat apa yang NYATA dan ikut apa yang DILIHAT (Visual).



Kami ambil satu analogi yang mudah untuk menerangkan maksud potensi. Anda menanam pokok rambutan, setelah lama anda membajai dan menjaganya dengan BAIK, akhir sekali anda mahu ia mengeluarkan hasil yang cantik dan tentunya sedap bila di makan.

HASIL/RESULTS = BUAH RAMBUTAN YANG CANTIK!

Apa yang penting ialah dan dipandang oleh semua orang ialah HASILNYA, yang akan dikomen oleh semua orang ialah kesedapan HASILNYA. Tapi tahukah anda untuk mendapatkan hasil yang cantik, ia perlu bermula dari asas! Begitu juga anda, sekiranya dari kecil program pemikiran tidak cantik, maka hasilnya juga akan jadi tidak cantik. Jadi untuk mengeluarkan potensi diri anda, dan menampakkan HASIL yang cantik ialah dengan RESET semula program yang terdapat pada diri anda!

TEKNIK YANG BAKAL ANDA PELAJARI INI TIDAK TERNILAI DENGAN DUIT!

Berikut kami highlight kan step by step bagaimana nak dapatkan hasil.

PEMIKIRAN --> EMOSI --> TINDAKAN = HASIL

PEMIKIRAN adalah asas sebelum tercetusnya EMOSI dan TINDAKAN yang akan menghasilkan HASIL yang baik, sederhana atau tidak baik!

Apakah sumber-sumber corak cara anda berfikir sekarang?
Pemikiran anda telah di programkan ketika anda masih kecil dan ketika anda sedang membesar, seperti melalui keluarga, adik beradik, cikgu, televisyen dan lain-lain.

Kaedah Pembelajaran Yang Digunakan oleh Manusia:
1. Auditori - Apa yang anda dengar dan apa mesej yang anda terima ketika kecil.
2. Visual - Apa yang anda nampak akan jadi pelajaran kepada anda.
3. Kinestetik - Apa yang anda alami ketika kecil atau lebih dikenali belajar dari pengalaman!

Jadi pastikan sekiranya anda punyai anak-anak yang masih kecil, inilah kaedah yang akan mempengaruhi corak si dia berfikir akan datang. Program melalui Audio dan Visual ramai dari kita yang sudah 'pakar', contoh ibu akan bercerita tentang kisah-kisah teladan atau bapa jadi model yang baik dalam rumah, akan secara tidak langsung memprogram minda anak tersebut untuk menjadi yang baik. Kami akan lebih menyentuh kepada sistem kinestetik atau yang belajar melalui pengalaman, ini kerana ramai di antara kita tidak sedar, kita telah diprogram atau memprogram dengan cara ini.

Kami suka untuk berkongsi satu cerita tentang insiden ini kepada anda:

Ada seorang budak perempuan kecil bernama Nur, satu hari dia ternampak ada satu trak menjual ais krim bergerak dan berhenti di kawasan rumah dia, kemudian dia pun beritahu ibu dia, "Mak nak beli ais krim!"

Ibunya menjawab "Ibu tak ada duit, pergi jumpa ayah, dia ada duit..", kemudian budak kecil itu pun jumpa ayah dan minta duit, dan akhirnya dapat beli ais krim tersebut dan gembira! :)

2 hari lepas tu, trak tu datang lagi, Nur ternampak dan sekali lagi ingin beli ais krim tu, jadi dia panggil ibunya. "Mak saya nak beli ais krim", ibu dia menjawab, "Ibu tak ade duit nak, pergi jumpa ayah, DIA ADA DUIT!", budak kecil yang tak tahu apa tu pergi la jumpa ayahnya dan minta duit dan dapat beli ais krim dan berasa gembira akhirnya.

APAKAH YANG SI KECIL ITU BELAJAR?

Pertama: Golongan ibu dan wanita ialah orang yang sentiasa tiada duit!
Kedua: Golongan bapa dan lelaki ialah orang yang sentiasa ada duit!
Ketiga: Untuk jadi wanita yang baik tidak perlu ada duit!
Keempat: Jika tiada duit boleh minta dari lelaki!

Bayangkan sekiranya budak kecil ini berumah tangga kelak.. apa yang dia expect dari suami dia?

Pertama: Lelaki ialah sentiasa ada duit, jadi dia boleh jadi BIG SPENDER, boleh pergi shopping banyak-banyak!
Kedua: Tidak perlu ambil berat pasal kewangan, kerana wanita tidak penting ada duit!

Percaya atau tidak kebanyakkan kisah mereka yang di program cara di atas bergaduh dalam rumah tangga biasanya berkaitan dengan satu subjek iaitu DUIT!



--------------------------------------------------------------------------------------------


Berbalik kepada topik kita untuk set semula corak kita berfikir untuk dapat menggunakan potensi dalam diri kita secara sepenuhnya! Teknik yang bakal anda pelajari ini bernilai lebih dari 100,000,000,000 Pounds!

Berikut adalah langkah demi langkah untuk membantu anda RESET semula corak pemikiran anda, Anda telah bersedia...??

LANGKAH SATU:
Sedar Diri! Di mana anda sekarang, apakah status anda sekarang! tanya diri anda berulang kali untuk dapat jawapannya!

LANGKAH DUA:
Buat satu carta seperti di bawah, yang mana di sebelahnya Positif dan Negatif!
Senaraikan "program" yang ingin anda tukar atau override program anda sendiri, kita ambil contoh, sekiranya anda ingin menjadi seorang yang kaya!

Sebelah Negatif:
1. Orang kaya ialah orang yang tamak!
2. Perlu ada duit untuk buat duit!
3. Saya terlalu tua untuk berubah!

Sebelah Positif: (senaraikan semula lawan kepada sifat negatif tadi)
1. Orang kaya adalah orang yang pemurah! dengan banyak duit saya boleh bantu orang lain.
2. Buat duit hanya perlukan kreativiti!
3. Saya tak pernah terlambat untuk belajar!

Langkah ini sangat penting untuk anda TULIS SEMULA atau OVERRIDE program negatif yang terdapat pada pemikiran anda selama ini yang menyebabkan potensi anda tersekat untuk lebih berjaya dalam apa jua bidang, samada bersama famili, keluarga, kewangan, atau perjuangan sebagai fisabilillah!

LANGKAH KETIGA:
Ubah cara anda berfikir iaitu dari seorang "MANGSA" Kepada seorang yang "BERJAYA"

Sekiranya anda berfikir cara berikut anda adalah mangsa!
1. Menyalahkan - suka menyalahkan seseorang, benda atau situasi untuk ketidak berjayaan nya anda dalam buat sesuatu!
2. Suka mengelak untuk berjaya - Suka menganggap semua ini tidak penting, perjuangan tidak penting, keluarga tidak penting, duit tidak penting dan sebagainya. Kita ambil contoh " jika anda cakap pada teman anda, mereka tidak penting kepada anda.." apa rasanya reaksi mereka? Tentunya mereka akan jauhkan diri dari anda atau lari dari hidup anda, hanya kerana anda merasakan mereka tidak penting!
3. Komplen - Mereka selalu komplen sesuatu itu biasanya mereka tiada benda/sesuatu tu, biasanya kerana cemburu.

BAGAIMANA CARA ORANG BERJAYA FIKIR?
Tentunya kontra dari mangsa berfikir!

Semoga pembaca sekalian terutamanya ahli PANJI HITAM sekalian akan lebih berjaya pada masa akan datang, tapi ia harus bermula sekarang! Selamat maju jaya!

4 ulasan:

  1. Terima kasih..
    amat bermanfaat..
    saya minta izin untuk apply..

    BalasPadam
  2. Salam,saya student di Mesir.Kat sini ada ke cawangan/ahli ni?

    BalasPadam
  3. Setakat ni kami belum ada di Mesir.. InsyaAllah akan datang

    BalasPadam
  4. salam...boleh ya saya ambil info dan isi dlm blog saya..untuk keperluan study saya.

    BalasPadam