Khamis, 10 Disember 2009

Snippet: Facebook

Jika anda telah log masuk ke Facebook dalam 24 jam terakhir anda akan melihat bahawa laman rangkaian sosial telah menukar polisi. Ia dikuatkuasakan secara serta merta menyebabkan ramai pengguna facebook "terpaksa" mendedahkan identiti atau maklumat mereka yang selama ini diklasifikasikan lebih selamat, ini telah menyebabkan kemarahan dikalangan kumpulan-kumpulan hak digital dan kebebasan sivil.

Perubahan itu telah menyebabkan foto dan video pengguna kini mampu dilihat dan diakses semua orang kecuali pengguna mengubah setting tersebut secara manual. Bertambah masalah lagi apabila pengguna mengemaskini status di facebook, kini boleh diakses oleh enjin carian seperti google dan yahoo.

Perubahan ini telah menyebabkan pengguna telah kurang kuasa untuk mengawal maklumat peribadi mereka dari dikongsi pada umum. Dianggarkan pengguna facebook kini berjumlah 350 juta. Perubahan ini telah mencetuskan emosi dan rasa tak senang hati pengguna. Jadi apa yang cuba disarankan di sini ialah, jika anda pengguna facebook, jangan dedahkan maklumat penting anda sesuka hati, jika anda ada ahli keluarga berpengaruh juga dinasihatkan tidak meletakkan atau link profile mereka ke laman anda. Sila lihat juga Privacy Setting untuk memastikan maklumat anda tidak terdedah kepada umum!

Berikut adalah video bagaimana facebook mempergunakan anda!





Segala maklumat yang anda tulis di facebook adalah milik mereka! Mereka berhak menggunakan maklumat anda sesuka hati mereka! Yang bestnye segala maklumat anda di masukkan ke database CIA.

Mula-mula sekali gambar kita akan jadi hak mereka (facebook) mereka boleh menjual dengan apa jua harga mereka mahukan. Bukan itu saja, ada juga application yang di anggap bahaya yang meminta anda memasukkan maklumat-maklumat sulit seperti no kad kredit dan sebagainya, ini adalah satu teknik untuk mereka mencabul maklumat privasi pengguna.

Lagi menarik, kebanyakkan aplikasi yang dibina adalah lebih dari sekadar mencuri maklumat, tapi mereka juga mengkaji psikologi manusia melalui aplikasi permainan dan kuiz. Mereka cuba mendapatkan pattern sebagai contoh, bagaimana ramai manusia berfikir sekarang, adakah mereka berfikiran sama contoh (one world government?) atau masih ramai lagi yang contra dengan konsep tersebut. Jika anda pengguna facebook yang aktif, sila lebih berhati-hati kerana konspirasi ini melibatkan satu dunia, dan ia cara termudah untuk mereka membuat penyelidikan dengan kos yang minimum.

11 ulasan:

  1. susah fenomena ni..PM kita pun ade facebook. Mahathir pun ada, anwar pun ada. Macammana nak bendung.

    Nampak macam situasi kita dihujung tanduk ni.

    BalasPadam
  2. Dalam permainan Cafe World - ikon paling kanan, kecil sahaja, ada lambang 'mata' - iluminati ... aduhhhh ...

    BalasPadam
  3. InsyaALLAH... usaha pasti akan berterusan,mungkin kita tidak mampu utk mengubah bukit atau gunung tetapi memadailah dengan menghindarkan longgokan pasir di depan rumah,kita tidak mampu utk memadam api yg membakar Nabi Ibrahim a.s tetapi memadailah dengan menjadi seekor burung yg kerdil yg membawa setitis air di paruhnya...

    BalasPadam
  4. hm..someone plez jawab persoalan Mr.feckry bout our PM also Dr.Anwar Ibrahim yg mggunakan Facebook..

    BalasPadam
  5. Salam,

    Tentang facebook agak mustahil untuk disekat buat masa ini, lagi pula mereka dah meningkatkan marketing yang mereka buat untuk menarik lebih ramai pengguna.

    Jika saudara telahpun menggunakan perkhidmatan fb, Jadi apa yang kita boleh buat ialah, berhati-hati dalam mendedahkan maklumat peribadi ke laman tersebut.

    Mungkin mereka yang terbabit dalam bidang sekuriti dan eksploit dalam alam cyber (hackers) adalah lebih arif tentang masalah ini, sebab itu hackers sangat ditakuti oleh organisasi profesional seperti fb kerana kebolehan mereka membuat exploitasi ke atas laman mereka.

    PANJI HITAM

    BalasPadam
  6. nk mintak izin copy ea....
    ntok dkongsi bersame....

    BalasPadam
  7. Tak hairan apa yang dilakukan oleh facebook. Kembali kepada pengasasnya, Mark Zuckerberg. Seorang Yahudi Amerika yang pernah menggodam web Universiti Harvard untuk mendapatkan profail-profail pelajar tanpa kebenaran.

    Kalau tak silap, beliau juga pernah memblok akaun-akaun facebook yang menyokong Palestin ketika serangan ke atas Gaza oleh Israel tak lama dulu.

    Jika dilihat apa yang dipaparkan oleh blog ini, ada baiknya kita tinggalkan facebook demi kemaslahatan diri kita. Terutamanya umat Islam yang sentiasa menjadi sasaran untuk dimusnahkan oleh Illuminati.

    BalasPadam
  8. salam,sy pn nk mintak izin tuk copy...syukran...

    BalasPadam